Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga alat ganti dipenjara 12 bulan ugut, halang tugas anggota RELA

-

MELAKA: Seorang peniaga alat ganti kenderaan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dua pertuduhan mengugut dan menghalang tugas seorang anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) di Jonker Walk, Ahad lepas.

Majistret Mohd Firdaus Salleh menjatuhi hukuman itu terhadap Soon Wei Meng, 42, selepas dia mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan tersebut.

Lelaki itu, yang tidak diwakili peguam, dikenakan hukuman penjara enam bulan bagi setiap pertuduhan dan hukuman berkenaan berjalan serentak bermula semalam.

Ini bermakna, tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara selama enam bulan.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa membuat ugutan jenayah terhadap Loke Yee Wei, 33, yang sedang bertugas, dengan menggunaka­n rotan di tepi Jalan Tokong, Jonker Walk di sini pada jam 6.45 petang, 24 Jun lepas.

Bapa tunggal dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntu­k hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua- duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Soon didakwa sengaja menghalang tugas Loke selaku penjawat awam di lokasi, waktu dan hari yang sama mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, tertuduh bertindak memandu secara melawan arus dan mangsa mengarahka­nnya berpatah balik namun, dia memandu kereta dengan laju ke arah mangsa seperti ingin melanggarn­ya sebelum berhenti dan turun dari keretanya dengan membawa rotan untuk mengugut mangsa.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashanga­ri memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran kepadanya serta masyarakat berikutan kejadian kes tersebut menjadi perhatian umum selepas video berdurasi 4.23 saat itu tular di media sosial barubaru ini.

Soon bagaimanap­un merayu dikenakan hukuman ringan atas alasan dia baharu sahaja bercerai dengan isterinya dan perlu menanggung dua anak serta ibu bapa yang sudah tua. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia