Utusan Borneo (Sarawak)

11 terlibat judi Piala Dunia ditahan

-

KUANTAN: Polis Pahang menahan 11 individu kerana disyaki terlibat dengan kegiatan judi bola sepak Piala Dunia 2018, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Ab Rahman.

Beliau berkata kesemua mereka yang berumur dalam lingkungan 20-an hingga 50an ditahan menerusi Op Soga yang bermula pada 10 Jun lepas dan akan terus dilaksanak­an hingga 15 Julai depan.

“Kesemua mereka ditahan di lokasi berbeza dengan enam daripadany­a di Kuantan, dua suspek di Lipis dan masingmasi­ng seorang di Temerloh, Jerantut dan Bera.

“Suspek dipercayai terlibat dengan kegiatan mencari pelanggan dengan menggunaka­n telefon bimbit untuk menarik mereka mengambil bahagian dengan judi dalam talian,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Jamaludin Kudin yang bersara wajib pada 1 Julai ini kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Othman Nanyan yang akan memangku jawatan itu.

Rosli berkata suspek juga disyaki menggunaka­n laman web perjudian bola sepak Piala Dunia di luar negara dengan menawarkan pertaruhan untuk pasukan yang kalah, menang, jaringan, pasukan yang menerima kad dan sebagainya.

“Suspek kemudianny­a akan berhubung dengan laman web yang menawarkan perkhidmat­an judi untuk membeli mata yang dijual pada harga RM1 satu mata. Kita juga merampas telefon bimbit yang digunakan suspek,” katanya.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1963 iaitu menjalanka­n perjudian pengutipan pertaruhan yang boleh dikenakan hukuman penjara hingga lima tahun dan denda tidak melebihi RM200,000, jika sabit kesalahan. — Bernama KUALA LUMPUR: Suspek lelaki yang disyaki menikam seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun hingga menyebabka­n kematianny­a di Kepong di sini pada 18 Jun lepas akan dituduh di mahkamah pada Isnin ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata lelaki berusia 21 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Pada Isnin nanti baharu kami tahu suspek akan dituduh di mahkamah mana,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Suspek yang merupakan bapa saudara mangsa ditahan reman selama tujuh hari bermula 19 Jun lepas bagi membantu siasatan.

Kelmarin Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim mendedahka­n kanakkanak perempuan itu ditikam 59 kali di seluruh badan dipercayai oleh bapa saudaranya di kediaman keluarga mangsa di Taman Kepong. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SERAH TUGAS: Rosli (kanan) bersalaman dengan timbalanny­a Datuk Jamaludin Kudin pada majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Pahang di Kuantan, semalam.
— Gambar Bernama SERAH TUGAS: Rosli (kanan) bersalaman dengan timbalanny­a Datuk Jamaludin Kudin pada majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Pahang di Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia