Utusan Borneo (Sarawak)

Rompak beg milik seorang wanita, buruh dipenjara 28 bulan

-

KUALA LUMPUR: Akibat merompak sebuah beg milik seorang wanita, seorang buruh dihukum penjara 28 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhka­n hukuman itu ke atas Muhammad Abdul Razak Sjahbudin, 25, selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan rompak terhadap pekerja swasta Norliza Abdul Rahman, 48, iaitu satu beg hitam mengandung­i dokumen peribadi dan alat solek.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan lebuh raya Jalan Kuching, Sentul di sini pada jam 5.15 patang, 19 Jun lepas, mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Mahkamah memerintah­kan Muhammad Abdul Razak, anak kedua daripada empat beradik itu menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap 19 Jun lepas.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran bagaimanap­un, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia penanggung utama keluarga dengan pendapatan RM1,200 sebulan.

“Saya menanggung bapa yang sakit angin ahmar dan dua adik yang masih bersekolah, saya berjanji tidak akan mengulangi kesalahan ini lagi,” katanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian mangsa telah memberhent­ikan keretanya di tepi jalan kerana mengalami kerosakan dan semasa ingin menghubung­i suaminya untuk meminta bantuan, tiba-tiba datang seorang lelaki menaiki motosikal dan membuka pintu kereta lalu mengambil beg di dalam kereta tersebut.

Mangsa kemudianny­a membuat laporan di balai polis berdekatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia