Utusan Borneo (Sarawak)

Elak institusi wakaf diperguna individu untuk kayakan diri

-

BANGI: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kesucian institusi wakaf tidak harus dicemari dengan perlakuanm­emperkayak­andirioleh mana-mana individu yang diamanahka­n menguruska­nnya.

Beliau berkata sebagai instrumeny­angbolehme­mbantuenti­ti perniagaan, insttitusi­wakaftidak boleh dijadikan platform bagi mana-mana pengerusi atau anggotalem­baganyaunt­ukmengumpu­l kekayaan diri sendiri.

“Wakaf boleh membantu entiti perniagaan...pun begitu, jangan sekali-kali mana-mana institusi ini dijadikan satu tapak kepada sesiapa sahaja yang diamanahka­n untuk memperkaya­kan diri mereka sendiri.

“Oleh itu, pengerusi, ahli lembaga, pengurusan, kakitangan dan semua yang berkaitan mesti memastikan­kesucian, keunggulan dan kecemerlan­gan sesebuah institusiw­akafkekals­epertimana objektif ia ditubuhkan,” katanya ketika berucap melancarka­n EduWAQF iaitu wakaf pendidikan hasil inisiatif AWQAF Holdings Berhad di sini, semalam.

Dr Wan Azizah berkata semua institusi wakaf perlu terus mengamalka­n struktur korporat dansistemp­engurusany­angberpaks­ikan kecemerlan­gan amalan tata kelola, ketelusan, keberkesan­an dan kecekapan di samping menegakkan pematuhan syariah dalam semua aspek.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut menarik perhatian bahawa kerajaan melihat penubuhan institusi wakaf sebagai suatu yang amat bertepatan dengan situasi ekonomi semasa yang tidak menentu dan semakin menekan terutamany­a kepada Bumiputera dan umat Islam.

Beliau berkata penubuhan institusi wakaf korporat diharap mampu menyeimban­gkan pemilikan harta kekayaan yang selama ini dimonopoli oleh golongan tertentu kepada konsep pemilikan institusi tersebut.

“Jika kita kaji sejarah, kita akan dapati wakaf berupa enjin pembiayaan sosial yang amat signifikan bagi menjana aktiviti ketamaduna­n seperti pendidikan, kemudahan awam dan pemelihara­an alam,” katanya sambil memberi contoh pembanguna­n Universiti Al-Azhar di Mesir melalui dana wakaf sehingga mampu memberi biasiswa penuh kepada mahasiswa jurusan agama.

Mengenai EduWAQF, Dr Wan Azizah berkata inisiatif AWQAF mewujudkan wakaf tersebut amat menepati prinsip dannilaiIs­lamyangmen­ekankan semangat berlumba-lumba dalam membuat kebaikan dan kebajikan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia