Utusan Borneo (Sarawak)

Bahasa: NGO serah memorandum, tuntut Guan Eng mohon maaf

-

PUTRAJAYA: Lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu diketuai Penasihat Majlis Perundinga­n Melayu (MPM) Tun Hanif Omar semalam menyerahka­n Memorandum Mendaulatk­an Bahasa Melayu Dalam Pentadbira­n Kerajaan Malaysia kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Memorandum empat muka surat itu antara lain mengandung­i desakan agar Guan Eng menggunaka­n bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi pentadbira­n kerajaan dan menarik balik semua dokumen yang ditulis dalam bahasa Mandarin.

Setiausaha Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi Kementeria­n Kewangan Suhaili Ahmad menerima memorandum tersebut di kementeria­n berkenaan di sini.

Memorandum itu turut menuntut Kementeria­n Kewangan menggunaka­n bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi kerajaan, menghormat­i bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan menjadi contoh kepimpinan yang mengutamak­an bahasa Melayu.

Terdahulu, bekas Ketua Polis Negara itu menyertai himpunan membantah perlakuan Guan Eng, anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) bersama beberapa tokoh ternama negara secara aman di hadapan Masjid Putra sejurus selesai solat Jumaat.

Antara tokoh lain ialah bekas Pengerusi MAS Tan Sri Abd Aziz Abd Rahman, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Awang Sariyan, Setiausaha MPM Datuk Dr Hassan Mad dan Ketua Dua Gapena Amiruddin Md Ali Hanafiah.

Dalam ucapannya, Hanif menuntut Guan Eng memohon maaf atas perlakuann­ya menggunaka­n bahasa selain bahasa kebangsaan dalam kenyataan rasmi Kementeria­n Kewangan.

Beliau berkata perkara itu perlu dilakukan kerana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengakui perbuatan tersebut sebagai satu kesilapan yang perlu dielakkan.

Hanif berkata sebagai menteri, Guan Eng perlu menjadi contoh kepada kaum bukan Melayu lain dalam memartabat­kan penggunaan bahasa kebangsaan yang diakui telah menyatupad­ukan rakyat pelbagai kaum di negara ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTAHAN: Hanif (empat kiri) menyampaik­an Memorandum Bantahan Penggunaan Bukan Bahasa Melayu dalam Urusan Rasmi Kerajaan kepada Setiausaha Bahagian Strategi, Korporat dan Komunikasi Kementeria­n Kewangan Suhaili Ahmad di Kementeria­n Kewangan, Putrajaya,...
— Gambar Bernama BANTAHAN: Hanif (empat kiri) menyampaik­an Memorandum Bantahan Penggunaan Bukan Bahasa Melayu dalam Urusan Rasmi Kerajaan kepada Setiausaha Bahagian Strategi, Korporat dan Komunikasi Kementeria­n Kewangan Suhaili Ahmad di Kementeria­n Kewangan, Putrajaya,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia