Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Mahathir diberi sambutan rasmi di Istana Presiden Bogor

-

JAKARTA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diberi sambutan rasmi di Istana Presiden Bogor di sini, semalam sempena lawatan rasmi dua hari beliau ke Indonesia.

Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di Istana Presiden itu pada jam 10.10 pagi dan disambut oleh Presiden Indonesia Presiden Joko Widodo dan isteri Iriana Joko Widodo.

Dr Mahathir kemudian memeriksa kawalan kehormat Pasukan Pengamanan Presiden Indonesia.

Perdana Menteri tiba Jakarta kelmarin untuk memulakan lawatan rasmi itu, yang menunjukka­n jalinan hubungan kukuh antara kedua-dua negara sejak 60 tahun lepas.

Indonesia merupakan negara pertama Asia Tenggara yang dilawati Dr Mahathir selepas beliau menyandang jawatan Perdana Menteri susulan kemenangan menakjubka­n Pakatan Harapan, yang diterajuin­ya, pada pilihan raya umum Mei lepas.

Dr Mahathir dijadual mengadakan pertemuan empat mata dengan Jokowi, panggilan mesra bagi Presiden Indonesia itu, disusuli dengan mesyuarat delegasi dengan kedua-dua pihak membincang­kan isuisu dua hala yang melibatkan kepentinga­n bersama.

Dr Mahathir dan Jokowi juga mengadakan sidang berita bersama selepas pertemuan itu.

Lawatan rasmi pemimpin Malaysia itu akan menyediaka­n platform bagi kedua-dua negara untuk memperkuku­hkan lagi hubungan dua hala dan kerjasama.

Ia juga membolehka­n Malaysia mengetenga­hkan dasardasar terbaharu kerajaan dan pendiriann­ya, terutamany­a mengenai isu yang melibatkan manfaat dan kepentinga­n bersama. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia