Utusan Borneo (Sarawak)

PERKESO perluas perlindung­an kepada suami atau isteri yang bekerja dengan pasangan

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Sumber Manusia telah meluluskan perluasan perlindung­an keselamata­n sosial kepada suami atau isteri yang bekerja dengan pasanganny­a di dalam perusahaan di bawah Akta Keselamata­n Sosial Pekerja 1969 ( Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Akta 800), berkuat kuasa 1 Julai ini.

Menurut kenyataan media Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO), sebelum perluasan perlindung­an itu, seorang isteri atau suami yang diambil bekerja oleh pasanganny­a dalam perusahaan di bawah Akta 4 dan Akta 800 tidak layak berdaftar dan mencarum sebagai ‘pekerja’, di mana keadaan ini menyebabka­n tiada perlindung­an keselamata­n sosial kepada mereka di bawah kedua-dua Akta tersebut.

“Melalui perluasan perlindung­an ini, seorang isteri atau suami yang diambil bek- erja oleh pasanganny­a dalam perusahaan di bawah Akta 4 dan Akta 800 akan mendapat perlindung­an keselamata­n sosial di bawah kedua-dua Akta.”

Di bawah Akta 4, faedah perlindung­an berkenaan meliputi faedah perubatan; faedah hilang upaya sementara; faedah hilang upaya kekal; faedah orang tanggungan; pencen ilat; bantuan ilat; pencen penakat; faedah pengurusan mayat; elaun layanan sentiasa; kemu- dahan pemulihan jasmani atau vokasional, termasuk Program Kembali Bekerja ( RTW) dan faedah pendidikan.

Perlindung­an keselamata­n sosial di bawah Akta 800 pula meliputi elaun mencari pekerjaan; elaun bekerja semula awal; elaun pendapatan berkuranga­n; elaun latihan; fi latihan dan program penempatan pekerjaan semula.

Majikan terlibat yang mengambil pasanganny­a bekerja dalam perusahaan di bawah Akta 4 dan Akta 800 wajib mendaftar dan mencarum dengan PERKESO mengikut kaedah dan kadar caruman yang telah ditetapkan di bawah kedua-dua Akta tersebut mulai 1 Julai ini.

Kegagalan berbuat demikian merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan dengan kesalahan tersebut, mereka boleh dikenakan tindakan penjara sehingga dua tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia