Utusan Borneo (Sarawak)

Penyelewen­gan dikatakan membabitka­n bekas pengerusi Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan beberapa entiti lain

-

PUTRAJAYA: Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) membuat tiga laporan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewen­gan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) membabitka­n bekas pengerusin­ya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan beberapa entiti lain.

Timbalan Presiden ANAK Mohd Nasaie Ismail berkata laporan pertama adalah mengenai penjualan 51 peratus saham Koperasi Permodalan FELDA Berhad (KPF) dalam FELDA Holdings Berhad (FHB) kepada FELDA Global Ventures (FGV) pada harga RM2.2 bilion atau RM19.61 sesaham pada 2013.

Bagaimanap­un, katanya, Felda Badan Berkanun yang TURUT menjual 49 peratus peganganny­a dalam FHB, menerima bayaran RM5.7 bilion atau RM52 sesaham daripada FGV.

“Kami minta SPRM buka siasatan terhadap semua yang terlibat iaitu Mohd Isa sebagai Pengerusi FELDA dan FGV ketika itu, serta pengerusi dan lembaga pengarah KPF atas keraguan berlakunya pecah amanah sehingga KPF rugi berbillion ringgit,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPRM di sini, semalam.

Menurutnya firma penyelidik­an saham TA Securities dan Kenanga Research menganggar­kan nilai pasaran 51 peratus saham KPF itu sepatutnya berharga antara RM3.2 bilion sehingga RM4.08 bilion.

“Ini bermakna KPF menerima bayaran kurang RM1.2 bilion hingga RM1.8 bilion. Dokumen hasil penyelidik­an firma tersebut turut kami serahkan kepada SPRM hari ini (semalam),” katanya.

Mohd Nasaie berkata dua lagi laporan membabitka­n kes yang pernah dilaporkan kepada SPRM sebelum ini iaitu isu pembelian hotel oleh FELDA Investment Corp (FIC) dan pembelian Eagle High Plantation milik Rajawali Group Indonesia oleh FIC Properties.

“Kami melaporkan semula kedua-dua kes ini berikutan tiada tindakan lanjut diambil sebelum ini dan kami menyahut seruan Ketua Pesuruhjay­a SPRM (Datuk Seri Mohd Shukri Abdull) yang menyatakan kesediaan SPRM untuk membuka siasatan terhadap kes-kes lama,” katanya.

Beliau berkata tahun lepas, SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian tiga hotel oleh FIC di London, Kuching dan Kota Kinabalu yang dibeli lebih tinggi daripada nilai pasaran.

“Walaupun dalam kes ini sudah ada tangkapan dan siasatan dilakukan terhadap Mohd Isa dan beberapa pegawai kanan, namun belum ada pendakwaan dibuat,” katanya.

Dalam isu Eagle High Plantation pula, Mohd Nasaie berkata tindakan FIC Properties membeli syarikat perladanga­n itu mendapat kritikan penganalis­is pasaran apabila ia dibeli pada harga RM2.26 bilion, jauh lebih tinggi daripada nilai pasaran.

“Apabila kita melawat kawasan ladang ini, ia bukan lokasi yang baik kerana tanahnya paya gambut dan masih banyak lagi proses penanaman semula yang perlu dilakukan,” katanya. — Bernama

Walaupun dalam kes ini sudah ada tangkapan dan siasatan dilakukan terhadap Mohd Isa dan beberapa pegawai kanan, namun belum ada

dibuat. ” pendakwaan Mohd Nasaie Ismail Timbalan Presiden ANAK

 ?? — Gambar Bernama ?? BUAT LAPORAN: Mohd Nasaie (tengah) membuat tiga laporan kepada SPRM berhubung dakwaan penyelewen­gan yang berlaku sewaktu pentadbira­n bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Putrajaya, semalam. Turut sama ialah Penasihat Ekonomi ANAK, Dr...
— Gambar Bernama BUAT LAPORAN: Mohd Nasaie (tengah) membuat tiga laporan kepada SPRM berhubung dakwaan penyelewen­gan yang berlaku sewaktu pentadbira­n bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Putrajaya, semalam. Turut sama ialah Penasihat Ekonomi ANAK, Dr...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia