Utusan Borneo (Sarawak)

Perubahan besar dalam pemilihan parti mampu kembalikan kepercayaa­n rakyat

-

KANGAR: Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin berharap semua perwakilan di seluruh negara menggunaka­n pemilihan parti pada kali ini, sebagai peluang untuk membawa perubahan besar di dalam parti sekali gus mengembali­kan kepercayaa­n rakyat kepada UMNO.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata pemilihan kali ini sangat penting kerana ia bukan sahaja dinantikan oleh anggota UMNO sendiri, malah seluruh rakyat kini memberikan tumpuan dan mahu melihat sesuatu yang berbeza berlaku di peringkat kepimpinan parti itu.

“Rakyat nak lihat kami dapat buat perubahan besar dan dapat memilih kepimpinan UMNO yang dapat mengembali­kan kepercayaa­n rakyat,” katanya kepada pemberita di Dewan 2020 di sini, semalam.

Beliau berkata UMNO juga berhadapan cabaran yang sangat besar dan paling utama adalah untuk mengubah pemikiran, budaya dan perlu dilihat sebagai parti yang berhemah, sentiasa bersama rakyat, tidak sombong atau angkuh serta berhujah berteraska­n ilmu.

Dalam pada itu Khairy berkata beliau selama ini telah menjadi seorang pengikut parti yang setia dan kini masa untuknya tampil bagi membawa transforma­si besar yang dikehendak­i rakyat sebelum mereka dapat memberi semula kepercayaa­n kepada UMNO.

Pada pemilihan kali ini yang bakal berlangsun­g hari ini, Khairy bakal berhadapan dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Pemangku Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia