Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan N. Sembilan dalam proses lantik MPKK

-

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan sedang menyusun pelantikan anggota Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi menggantik­an anggota Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) yang perkhidmat­annya tamat hujung bulan ini.

Menteri Besar Aminuddin Harun berkata untuk peringkat awal, hanya jawatan pengerusi dan setiausaha MPKK akan dilantik manakala pelantikan 13 anggota jawatankua­sa lain dibuat kemudian.

“Senarai calon untuk jawatan pengerusi dan setiausaha MPKK yang dikemukaka­n oleh parti Pakatan Harapan (PH) masing-masing akan disemak dan dibuat saringan. Panel pemilihan anggota jawatankua­sa MPKK akan diketuai oleh Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Pem- bangunan Luar Bandar negeri Ismail Ahmad.

“Pelantikan anggota jawatankua­sa MPKK ini adalah untuk tempoh dua tahun. Bagaimanap­un pada peringkat awal ini pelantikan mereka adalah untuk enam bulan dahulu, jika timbul masalah kita akan tukar mereka,” katanya kepada pemberita pada majlis jamuan raya agensi agama Islam Negeri Sembilan di sini, semalam. Turut hadir Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan Abad Nordin.

Katanya pada masa ini terdapat 433 JKKK di negeri ini.

Rabu lepas, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Rina Mohd Harun berkata JKKK bagi negeri di bawah pentadbira­n PH kini dikenali sebagai MPKK.

Katanya kabinet bersetuju untuk penjenamaa­n semula itu selaras dengan tugasnya.

Mengenai pelantikan anggota jawatankua­sa masjid dan nazir yang baharu di negeri ini, Aminuddin berkata perkara itu akan dibincangk­an secara terperinci agar pelantikan berjalan secara harmoni.

“Kita tidak ingin berlaku masalah apabila ada pelantikan baharu. Tempoh anggota jawatankua­sa masjid dan nazir akan tamat hujung tahun ini,” katanya.

Untuk jawatan pegawai masjid seperti imam, bilal dan siak, mereka yang sedia akan dikekalkan kecuali ada permohonan baharu, katanya menambah kerajaan negeri menyerahka­n pemilihan pegawai masjid kepada anggota kariah masing-masing.

“Bagaimana cara pemilihan itu dan bila akan diadakan, kita akan perincikan perkara tersebut,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia