Utusan Borneo (Sarawak)

Jemput NGO, parti lain bangunkan semula BN: KJ

-

ALOR SETAR: Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak menolak kemungkina­n akan menjemput parti lain menyertai Barisan Nasional atau menubuhkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama-sama membangunk­an semula parti itu sekiranya menang pada pemilihan UMNO, hari ini.

Beliau berkata perkara itu adalah satu daripada usaha menstruktu­r semula parti itu yang kini hanya disertai MIC dan MCA setelah parti komponen lain bertindak keluar dari gabungan BN selepas kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lepas.

“Kalau saya menang nanti ( pemilihan UMNO), saya akan duduk dengan MIC dan MCA kerana itu saja parti yang tinggal untuk kita merangka formula baharu dalam BN

“...tapi saya percaya dan yakin parti-parti (komponen) BN menantikan keputusan esok (hari ini) tentang siapa yang akan menjadi Presiden UMNO sebelum mereka membuat sebarang keputusan,” katanya selepas menghadiri Majlis Sepetang Bersama Calon Presiden UMNO di sini semalam.

Kekalahan mengejut dan memalukan BN pada PRU14 menyaksika­n sedikit demi sedikit parti-parti komponen dalam BN meninggalk­an parti itu termasuk di Sabah dan Sarawak dengan terbaharu parti GERAKAN yang mengumumka­n keluar BN pada Sabtu lepas.

Pada pemilihan Presiden UMNO hari ini, Khairy akan ditentang Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AMANAT: Khairy Jamaluddin menyampaik­an ucapan beliau pada majlis ‘Sepetang bersama Calon Presiden UMNO’ di Alor Setar, semalam.
— Gambar Bernama AMANAT: Khairy Jamaluddin menyampaik­an ucapan beliau pada majlis ‘Sepetang bersama Calon Presiden UMNO’ di Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia