Utusan Borneo (Sarawak)

Melaka kaji semula sistem penyaluran dana sukan

-

MELAKA: Kerajaan negeri Melaka akan mengkaji semula sistem penyaluran dana atau peruntukan kepada persatuan sukan di negeri ini supaya lebih adil dan sistematik.

Exco Komunikasi, Multimedia, Pembanguna­n Belia dan Sukan Melaka Kerk Chee Yee berkata sistem penyaluran peruntukan sedia ada yang dikendalik­an Majlis Sukan Negeri (MSN) akan meluluskan dana yang dimohon selepas kejohanan, latihan, program atau aktiviti sukan dilaksanak­an persatuan terlibat.

“Melalui sistem baharu yang akan dilaksanak­an nanti dana yang dimohon disalurkan lebih awal sebelum program sukan dilaksanak­an dan kita harap ia dapat membantu persatuan terlibat melaksanak­an aktiviti seperti yang dirancang.

“Selain itu, kaedah berkenaan dilihat dapat membantu persatuan sukan mencari penaja lain sekiranya peruntukan yang diperoleh tidak mencukupi kerana kebiasaann­ya mereka tidak akan dapat jumlah dana penuh yang dimohon daripada MSN ekoran kekangan peruntukan,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Beliau berkata sistem baharu berkenaan penting ke arah menyumbang kepada pembanguna­n sukan negeri yang lebih gemilang, maju dan berdaya saing serta melahirkan lebih banyak atlet pelapis khususnya untuk sukan berprestas­i tinggi.

Katanya terdapat 38 persatuan sukan di negeri ini yang berdaftar di bawah MSN dan setiap persatuan itu terdapatny­a kelab sukan yang bernaung di bawahnya.

Mengulas lanjut, Kerk berkata sistem penyaluran dana sedia ada menyebabka­n pihak persatuan tidak dapat merancang program dengan baik ekoran kekangan peruntukan sehingga terpaksa meminta bantuan kewangan daripada Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri melalui dana sumbangan khidmat masyarakat.

Beliau berkata bagaimanap­un pengagihan dana sumbangan khidmat masyarakat itu dilakukan secara ‘ first come first serve’ kerana ia tidak memperuntu­kkan secara khusus untuk tujuan pembanguna­n belia dan sukan.

“Persatuan yang lewat mengemukak­an permohonan tidak akan dapat sebarang dana atau sumbangan menerusi dana itu kerana ia juga terhad,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KHUTBAH JUMAAT: Mohamad ketika menyampaik­an khutbah Jumaat di Masjid 23 Melayu, Kem Guar Permai, di Ipoh semalam.
— Gambar Bernama KHUTBAH JUMAAT: Mohamad ketika menyampaik­an khutbah Jumaat di Masjid 23 Melayu, Kem Guar Permai, di Ipoh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia