Utusan Borneo (Sarawak)

Institusi menjaga Islam agar tidak dipolitikk­an mana-mana pihak

-

KUALA LUMPUR: Peranan institusi raja perlu diperkasa seiring dengan perlembaga­an, kata Felo dan Pensyarah Pusat Islam Fakulti Teologi, Universiti Oxford Datuk Dr Muhammad Afifi al-Akiti.

Beliau berkata institusi raja memainkan peranan penting dalam sistem pentadbira­n di negara ini dengan menjaga kedudukan Islam sebagai agama rasmi serta tidak dipolitikk­an oleh mana-mana pihak.

“Seelok-eloknya institusi raja kita ini dapat mainkan peranan seperti yang termaktub dalam perlembaga­an itu sendiri iaitu ketua-ketua agama Islam di negara ini menjaga kedudukan dan kesucian agama itu.

“Kita nak kembalikan keseimbang­an kuasa persekutua­n dan negeri, kembalikan maruah Raja- raja Melayu atau institusi Melayu dan tidak dipolitikk­an manamana pihak.

“Kita tak nak ada menteri yang terlalu berkuasa sehingga takut ada penyalahgu­naan kuasa kerana bidang kuasa agama itu menurut perlembaga­an negara kita terletak pada Raja-raja Melayu. Jadi di sini kita perlu ada ‘check and balance’ (semak dan imbang),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Majlis Penasihat Kerajaan di sini, semalam.

Sementara itu, mengulas mengenai keputusan kerajaan yang mahu mengkaji semula peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), beliau berkata pentadbira­n Islam perlu diseimbang­kan kembali antara negeri dan persekutua­n.

Muhammad Afifi berkata peranan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang telah ditubuhkan oleh Majlis RajaRaja pada Mac 1968 dahulu bertindak sebagai platform bagi urusan pentadbira­n agama di peringkat persekutua­n dan negeri.

“MKI ini jika anda lihat sejarah, bila MKI ditubuhkan ia lebih kepada negeri. Kemudian Jakim pula ditubuhkan pada 1997 dan ia lebih ke arah persekutua­n, jadi kita perlu mengimbang­inya semula.

“Sekarang kerajaan mempunyai kemahuan politik... kini mahu memastikan pentadbira­n Islam bukan sekadar domain persekutua­n, dan bagi saya ia merupakan perkembang­an baik bagi negara kita untuk melihat isu ini.

“Dan raja- raja boleh memainkan peranan bagi memastikan kita ada sistem semak dan imbang dalam pentadbira­n persekutua­n Islam,” katanya. — Bernama

Kita tak nak ada menteri yang terlalu berkuasa sehingga takut ada penyalahgu­naan kuasa kerana bidang kuasa agama itu menurut perlembaga­an negara kita terletak pada Raja-Raja Melayu. Jadi di sini kita perlu ada ‘check and balance’ (semak dan imbang). Datuk Dr Muhammad Afifi al-Akiti Felo dan Pensyarah Pusat Islam Fakulti Teologi, Universiti Oxford

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB SOALAN: Muhammad Afifi menjawab persoalan media selepas menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan yang dipengerus­ikan oleh Tun Daim Zainuddin di Menara Ilham, di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama JAWAB SOALAN: Muhammad Afifi menjawab persoalan media selepas menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan yang dipengerus­ikan oleh Tun Daim Zainuddin di Menara Ilham, di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia