Utusan Borneo (Sarawak)

Perak akan tentukan status penutupan Pulau Sembilan

-

IPOH: Kerajaan negeri Perak akan membuat keputusan muktamad sama ada Pulau Sembilan di Bagan Datuk akan dibuka semula atau ditutup sepenuhnya kepada sebarang aktiviti pelanconga­n.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan negeri Tan Kar Hing berkata pihaknya kini dalam proses menyiapkan kertas kerja mengenai perancanga­n masa depan pulau itu untuk dibentangk­an kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat.

“Sama ada Pulau Sembilan kekal ditutup atau dibuka kepada orang ramai akan ditentukan oleh kerajaan, kita perlu tunggu selepas kertas kerja siap sepenuhnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Tourism Perak di sini malam kelmarin.

Pulau Sembilan ditutup sejak 1 April tahun lepas disebabkan kerosakan ekosistem alam terutama membabitka­n ‘blue sand’ di beberapa kawasan di sepanjang kawasan pantai tersebut.

Menjelas lanjut, Tan berkata proses pemulihara­an pulau berkenaan yang dilaksanak­an oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri telah selesai sepenuhnya.

Menurut Tan, beliau telah mengadakan lawatan ke pulau tersebut dan amat berpuas hati dengan kerja-kerja pemulihara­an yang dilakukan oleh pihak JKR di sekitar kawasan berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan menubuhkan majlis konsultasi mengenai pelan induk pelanconga­n negeri dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Katanya majlis konsultasi itu akan melibatkan pihak berkepenti­ngan antaranya persatuan pelanconga­n, pencinta alam semula jadi serta golongan profesiona­l seperti pensyarah, arkitek dan ahli biologi untuk memberi nasihat dan pandangan dalam sektor pelanconga­n di negeri ini.

“Kita masih dalam proses mengenal pasti dan akan menentukan jumlah anggota majlis tersebut yang bakal membentuk kerangka utama bagi pelan induk pelanconga­n berdasarka­n kepada kekuatan warisan dan ekopelanco­ngan.

“Majlis konsultasi itu juga nanti akan melibatkan beberapa agensi dan jabatan kerajaan negeri seterusnya mampu merancakka­n industri pelanconga­n di negeri ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia