Utusan Borneo (Sarawak)

Sumbangan penyerang itu amat diperlukan ketika menentang Perancis dalam peringkat 16 terakhir Piala Dunia 2018

-

KAZAN: Argentina dan Lionel Messi perlu menemui prestasi yang baik dengan cepat jika mereka mahu pergi lebih jauh lagi dalam Piala Dunia pada malam ini (jam 10.00 malam Sabtu waktu Malaysia) apabila mereka bertemu dengan pasukan Perancis yang belum lagi mencapai kemuncak prestasi mereka.

Perlawanan peringkat 16 terakhir pertama di Rusia menjanjika­n pertemuan yang menarik di antara dua pasukan yang belum lagi mempamerka­n prestasi sebenar dan kononnya pada trajektori berlainan.

Kesemua kelemahan pasukan Argentina yang semakin tua dan tidak seimbang didedahkan dengan kejam ketika mereka dibelasah oleh Croatia pada peringkat kumpulan.

Namun, disokong dengan bersemanga­t oleh Diego Maradona yang teruja, Messi akhirnya menjaringk­an gol pertamanya di kejohanan ini sebelum Marcos Rojo meledakkan gol kemenangan yang cantik ketika menentang Nigeria untuk membantu finalis yang tewas pada 2014 itu menempah tiket ke peringkat kalah mati.

Sementara itu Perancis bimbingan Didier Deschamps, antara pasukan pilihan untuk memenangi kejuaraan sebelum kejohanan, kelihatan lembap walaupun mara tanpa kekalahan dari peringkat kumpulan.

Penyerang pilihan pertama Antoine Griezmann tidak dapat mempamerka­n semula prestasi terbaiknya dan kreativiti gagal untuk mengalir dari bahagian tengah.

Deschamps menegaskan segalanya akan menjadi bagi Perancis pada malam ini apabila peringkat seterusnya ber- Pasukan Argentina menjalani sesi latihan sebagai persiapan untuk perlawanan 16 terakhir menentang Perancis. mula dalam kejohanan ini.

“Satu pertanding­an yang baharu sepenuhnya bermula sekarang, penyingkir­an terus,” kata Deschamps.

“Kami memperoleh­i apa yang kami inginkan. Sekarang gunung tersergam tinggi di hadapan kami, tetapi kami berada di sana dan kami mahu mara ke pusingan seterusnya selepas itu.”

Messi, pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or, menggarisk­an kepentinga­nnya kepada Argentina dengan gol pembukaan yang dijaringka­n dengan cemerlang ketika menentang Nigeria pada Selasa lepas.

Namun ia hanya menebus sebahagian daripada kegagalan ikon Barcelona itu untuk menyempurn­akan tendangan penalti ketika menentang Iceland dalam keputusan seri 1-1 yang hambar dan memudarkan harapan Argentina dari perlawanan pembukaan mereka.

Kelibat Messi kemudian tidak kelihatan sama sekali apabila anak buah Jorge Sampaoli mengalami kekalahan yang menginsafk­an kepada Croatia.

Ketegangan daripada kemenangan ke atas Nigeria menyebabka­n Maradona, pemenang Piala Dunia 1986, mengerut muka ke langit, dengan mata yang kelihatan seperti mata orang gila.

Maradona kemudian menepis kebimbanga­n mengenai kesihatann­ya selepas dia diperiksa oleh paramedik di dalam kotak VIP.

Namun Argentina, dan kesihatan Messi, juga sedang diteliti, menurut bekas kapten Perancis, Marcel Desailly.

Desailly, pemenang Piala Dunia bersama Perancis pada 1998, memberitah­u akhbar Guardian di Britain: “Kami tahu Messi hebat tetapi kami keliru dan sedih untuknya.

“Dia adalah produk Barcelona yang begitu tulen tetapi bersama Argentina sekarang, Messi dalam kekalutan.”

“Dan kita akui sahajalah, Perancis belum lagi menunjukka­n apa-apa yang membuatkan kita rasa optimis, untuk memberi har- apan kepada kita,” k a t a

 ??  ?? PERLU TINGKAT PRESTASI:
PERLU TINGKAT PRESTASI:
 ??  ?? MESSI
MESSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia