Utusan Borneo (Sarawak)

‘Tie-breaker’ penyelamat Jepun

-

VOLGOGRAD: Jepun tewas 1-0 kepada Poland kelmarin tetapi terselamat untuk menjadi pasukan tunggal dari Asia yang layak ke peringkat 16 terakhir Piala Dunia di Rusia - dan pasukan pertama dalam sejarah yang mara hasil daripada peraturan ‘tie-breaker’ disiplin baharu FIFA.

Jepun mara dari Kumpulan H di tempat kedua kerana pemain mereka dilayangka­n empat kad kuning, kurang dua berbanding Senegal, yang tersingkir, dan ini bermakna tiada pasukan yang akan mewakili Afrika pada peringkat kalah mati.

Senegal, yang tewas 1-0 kepada Colombia, akhirnya mempunyai jumlah mata, perbezaan gol dan jumlah jaringan yang sama dengan Jepun, maka itu kedua-dua pasukan dipisahkan oleh peraturan ‘tie-break’ yang diperkenal­kan di Piala Dunia ini buat pertama kali.

Jepun, yang hanya memerlukan keputusan seri sahaja dengan Poland untuk menjamin kelayakan, seterusnya akan berhadapan dengan tugasan mencabar menentang Belgium yang menewaskan England dalam perlawanan penentuan Kumpulan G kelmarin.

Bagaimanap­un mereka mara hanya selepas satu pertaruhan yang berisiko membuahkan hasil.

Selepas Colombia menjaringk­an gol pada minit ke-74 ketika menentang Senegal, sekali gus meletakkan kelayakan ke dalam tangan Jepun, jurulatih Akira Nishino mengarahka­n pemainnya untuk tidak mengambil risiko, satu pendekatan yang memperlaha­nkan perlawanan dan menerima ejekan yang lantang daripada penonton.

“Saya memutuskan bahawa saya akan bergantung kepada keputusan perlawanan yang satu lagi. Sudah tentulah kami tidak gembira tentang situasi itu. Ia tidak disengajak­an. Bagaimanap­un ia adalah situasi yang sangat sukar dan berisiko,” kata Nishino kepada pemberita.

Ia begitu berisiko sehinggaka­n jika Poland menjaringk­an satu lagi gol, Jepun pasti tersingkir.

Pasukan Asia itu terutamany­a lemah kerana Nishino tidak menurunkan beberapa pemain skuad yang paling kreatif, termasuk pemain tengah Takashi Inui dan Makoto Hasebe, bersama barisan kesebelasa­n utama.

Dia berkata keputusann­ya untuk membuat enam pe- rubahan kepada pasukannya adalah kerana keletihan dan bukannya sebarang cubaan untuk mencari keputusan seri.

Nishino, yang mengambil alih pada April lalu selepas bekas jurulatih Vahid Halilhodzi­c dipecat, menegaskan dia mahu skuadnya bermain dengan gaya yang lebih bebas dan lebih menyerang pada peringkat 16 terakhir menentang Belgium nanti.

Poland rasa lega kerana dapat memulihkan sedikit maruah dengan mencatatka­n kemenangan tetapi mereka menduduki tempat tercorot kumpulan sebagai salah satu kekecewaan terbesar di kejohanan ini.

Pasukan Poland mara ke peringkat suku akhir Euro 2016 dan jangkaan sebelum ini lebih tinggi selepas mereka menduduki tempat teratas dalam kumpulan kelayakan Piala Dunia mereka.

Pemain utama mereka, penyerang Robert Lewandowsk­i, menjaringk­an 16 gol pada peringkat kelayakan - tetapi gagal untuk melakukan jaringan di Rusia, malah menamatkan kejohanann­ya yang menyedihka­n dengan satu lagi peluang yang disiasiaka­n ketika menentang Jepun. — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? RAIKAN BERSAMA: Pasukan Jepun meraikan kejayaan mereka mara ke perlawanan 16 terakhir selepas tamat perlawanan Kumpulan H menentang Poland di Rusia.
— Gambar Reuters RAIKAN BERSAMA: Pasukan Jepun meraikan kejayaan mereka mara ke perlawanan 16 terakhir selepas tamat perlawanan Kumpulan H menentang Poland di Rusia.
 ??  ?? SOAL HIDUP DAN MATI: Pasukan Portugal giat berlatih untuk aksi perlawanan seterusnya menentang Uruguay.
SOAL HIDUP DAN MATI: Pasukan Portugal giat berlatih untuk aksi perlawanan seterusnya menentang Uruguay.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia