Utusan Borneo (Sarawak)

Tetap perlawanan Portugal, Uruguay

-

KRATOVO: Pemain pertahanan Portugal Bruno Alves berkata perlawanan peringkat 16 terakhir Piala Dunia pada pagi Ahad (jam 2.00 pagi waktu Malaysia) adalah lebih daripada sekadar pertarunga­n di antara Cristiano Ronaldo dan Luis Suarez.

Juara Eropah itu akan menentang Uruguay di Sochi untuk merebut tempat pada peringkat suku akhir selepas mereka menduduki tempat kedua di belakang Sepanyol dalam Kumpulan B.

Uruguay memenangi ketiga-tiga perlawanan kumpulan mereka, dengan menewaskan pasukan tuan rumah Rusia 3-0 dalam perlawanan terakhir mereka, dan merupakan satu-satunya pasukan yang belum dibolosi sebarang gol di kejohanan ini.

Ronaldo, penyerang Real Madrid, menjaringk­an empat daripada lima gol Portugal setakat ini, manakala Suarez, bintang Barcelona, melakukan jaringan ketika menentang Arab Saudi dan Rusia.

“Saya berpendapa­t ia bukan pertarunga­n di antara Suarez dan Ronaldo,” kata Alves kelmarin.

“Ia adalah perlawanan di antara kedua-dua negara, Portugal dan Uruguay, dan kita akan melakukan segala yang termampu untuk menang.”

Portugal terselamat daripada kejutan lewat ketika menentang Iran pada Isnin lepas apabila Ronaldo gagal menyempurn­akan tendangan penalti dan bernasib baik tidak dilayangka­n kad merah kerana menyiku pemain lawan.

“Pada peringkat ini, kita masih percaya kita ada ruang untuk menambah baik diri,” kata Alves.

“Saya rasa kami akan menang, tetapi kita tidak dapat lupa kita hanya dapat menang jika kita bermain dengan baik dan saya rasa kami akan bermain dengan baik.”

Alves, 36, bermain di kejohanan Piala Dunia ketiganya, tetapi pemain pertahanan tengah Rangers itu belum lagi bermain di Rusia.

“Saya rasa kami sentiasa bermotivas­i tinggi. Saya rasa semua kami telah datang ke sini untuk bermain dan apabila saat kami tiba, kami akan bersedia untuknya untuk membantu Portugal menang,” katanya.

“Saya berpendapa­t pasukan Portugal ini bersedia untuk segalanya. Kami telah menunjukka­n kami ada peluang untuk menang dan jika kami meneruskan­nya dengan cara ini, saya rasa kami akan berjaya. Bagaimanap­un kami bakal menghadapi perlawanan yang sukar.”

Portugal belum lagi tewas dalam sebarang perlawanan kompetitif bersama Ronaldo dalam pasukan mereka sejak Piala Dunia 2014, tetapi mereka tewas menerusi penentuan tendangan penalti kepada Chile di Piala Konfederas­i pada tahun lepas.

Alves memberi amaran ekoran penyingkir­an juara bertahan Jerman.

“Semua orang dapat lihat bahawa dalam Piala Dunia ini, perlawanan mudah tidak ada,” kata Alves. — AFP

 ??  ?? BRUNO ALVES
BRUNO ALVES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia