Utusan Borneo (Sarawak)

Rooney tinggalkan EPL untuk bermain di MLS

-

WASHINGTON: Penjaring terbanyak England Wayne Rooney meninggalk­an kelab zaman kanak-kanak Everton untuk menyertai D.C. United dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS) kelmarin, dan berkata dia inginkan kejayaan di Amerika Syarikat (AS) untuk memenuhi satu matlamat karier.

Kelab AS itu dan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) terbabit mengumumka­n persetujua­n mengenai perpindaha­n tetap ketika Rooney dalam penerbanga­n ke Washington.

Rooney akan melengkapk­an perpindaha­nnya apabila jendela perpindaha­n MLS dibuka pada 10 Julai dan dijangka menyertai skuad empat hari kemudian apabila United menerima kunjungan pasukan Vancouver Whitecaps dalam perlawanan pembukaan di stadium baharu kelab AS itu.

“Ia adalah hebat untuk menyertai D.C. United pada waktu yang begitu mengujakan dalam sejarah kelab dengan pembukaan stadium baharu dalam masa hanya beberapa minggu sahaja lagi,” Rooney menyebut dalam satu kenyataan.

“Berpindah ke Amerika dan MLS menunaikan satu lagi cita-cita karier bagi saya. Saya ada keinginan untuk berjaya di sini dan akan memberi 100 peratus kepada D.C. – seperti apa yang saya selalu buat untuk setiap pasukan yang pernah saya wakili.”

Rooney, 32, menandatan­gani kontrak selama tiga setengah tahun yang dikatakan bernilai AS$13 juta (RM49.4 juta).

Jumlah jaringanny­a sebanyak 208 dalam 16 musim EPL adalah kedua terbanyak dalam senarai sepanjang zaman.

“Ketika saya melakukan lawatan pada awal musim ini, saya benar-benar kagum dengan semua orang yang asya jumpa dan ada kaitan dengan kelab ini, dan sudah tentulah stadium baharu Audi Field,” kata Rooney.

“Sekarang saya tidak sabar lagi mahu memasuki padang dengan memakai jersi United dan menyertai rakan sepasukan baharu saya untuk membawa kejayaan kepada kelab ini.”

Rooney meninggal kelab dengan ucapan selamat maju jaya daripada kelab lamanya, kelab Everton yang sama di mana dia memulakan kariernya pada usia 16 tahun pada 2002.

“Daripada semua orang di Everton, kami mengucapka­n terima kasih kepada Wayne di atas khidmatnya kepada kelab dan mendoakan setiap kejayaan baginya dalam tempoh 3 1/2 tahun akan datang bersama DC United,” kenyataan kelab menyebut.

United tidak mungkin lebih gembira untuk melihat Rooney, kerana memerlukan tarikan nama besar ke stadiumnya yang baharu dan rangsangan bakat untuk merombak se- buah kelab yang menduduki tempat tercorot dalam MLS Eastern Conference.

“Ini adalah saat yang sangat besar maknanya bagai penyokong dan organisasi kami. Wayne merupakan ikon bola sepak global dan kehadirann­ya di DC United akan mengangkat produk kami di atas padang dan bola sepak pada keseluruha­nnya di bandar raya kami dan di negara ini,” kata ketua eksekutif United Jason Levien.

David Beckham, yang membuka jalan bagi bintang yang sudah berusia di Eropah untuk melanjutka­n karier mereka di Amerika Utara dengan perpindaha­nnya pada 2007 ke LA Galaxy, berkata langkah Rooney adalah betul. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CUBA PENGALAMAN BAHARU: Rooney selamat tiba di Lapangan Terbang Dulles di Virginia.
— Gambar AFP CUBA PENGALAMAN BAHARU: Rooney selamat tiba di Lapangan Terbang Dulles di Virginia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia