Utusan Borneo (Sarawak)

Gol Januzaj ‘mudahkan’ tugas Belgium untuk aksi seterusnya Pasukan ranking ketiga dunia itu akan bertemu Jepun pada perlawanan 16 terakhir selepas menundukka­n England 1-0

-

KALININGRA­D: Ia sebelum ini dilihat sebagai perlawanan yang tiada siapa mahu menangi tetapi penyudah cantik Adnan Januzaj pada awalbabakk­eduamember­ikan kemenangan 1-0 Belgium ke atasEnglan­duntukmend­uduki tempat teratas Kumpulan G dalam pertanding­an di antara dua kumpulan pemain simpanan.

Keputusan itu bermakna Belgium, yang memenangi ketiga- tiga perlawanan mereka untuk menamatkan peringkat kumpulan dengan sembilan mata, akan menentang Jepun pada peringkat 16 terakhir manakala England, yang menduduki tempat kedua dengan enam mata, berdepan dengan Colombia.

Itu memberikan ujian yang lebih getir kepada England bimbingan Gareth Southgate pada pusingan kedua tetapi jika mereka melepasi pasukan dari Amerika Selatan itu, mereka akan mendapati diri mereka pada laluan yang jauh lebih memberangs­angkan ke peringkat akhir.

Bahagian Belgium dalam undian termasuk Brazil, yang mereka mungkin akan hadapai pada peringkat suku akhir, Argentina, Portugal dan Perancis.

Kami perlu melihat diri sendiri, kami adalah kumpulan yang lebih kuat berbanding sebelum perlawanan itu. Kami akan menentang Jepun, kami perlu bersiap sedia untuknya. Roberto Martinez Jurulatih Belgium

Pasukan yang menentang England, sekurang-kurangnya di atas kertas, nampak mudah - Sweden atau Switzerlan­d menunggu pada peringkat suku akhir - dan mereka tidak perlu banyak bergerak jika mereka berjaya mara.

“Perlawanan kalah mati nanti merupakan perlawanan terbesar dalam tempoh sedekad, maka itu kami perlu memastikan pemain penting kami dipelihara,” kata Southgate, selepas dia tidak menurunkan kapten Harry Kane selain beberapa pemain lain.

“Kami mencipta pembuk a a n untuk mend a - patkan sesuatu dari- pada perlawanan itu, tetapi kami perlu terus menambah baik diri. Saya rasa penyokong tahu perkara paling penting,” ujarnya.

Jika ia adalah satu pertaruhan untuk tidak memburu kemenangan dengan sepenuh hati, maka ia adalah pertaruhan yang nampak disenangi Southgate d a n dia ternyata tidak ada kekesalan mengenai pemilihan pasukannya. “Kadang-kadang saya rasa kita perlu melihat gambaran lebih besar dan membuat keputusan yang mungkin akan dikritik.

“Apabila kita adalah p e m i m p i n dan seorang pengurus, kita perlu mem- buat keputusan yang betul untuk kumpulan kita dan kadang- kadang keputusan itu akan dikritik dan saya memahaminy­a,” katanya. Ia merupakan kemenangan kedua Belgium ke atas England dalam sejarah dan pertama sejak 1936 dan jurulatih Roberto Martinez menyatakan dia tidak bimbang mengenai impak keputusan itu ke atas pasukan lawan yang mungkin akan menentang pasukannya. “Kemenangan itu adalah hasil daripada persembaha­n yang sangat baik. Kita tidak dapat merancang senario yang ideal, kita sudah melihat negara besar sudah tersingkir,” kata pengurus dari Sepanyol itu. “Kami perlu melihat diri sendiri, kami adalah kumpulan yang lebih kuat berbanding sebelum perlawanan itu. Kami akan menentang Jepun, kami perlu bersiap sedia untuknya,” katanya. Apabila Belgium dan England bermain dalam perlawanan peringkat 16 masing-masing, barisan pemain dijangka tidak akan sama dengan barisan yang bermain kelmarin. Seperti yang dijangkaka­n, mereka menggunaka­n skuad masing- masing sepenuhnya - Martinez menukar sembilan pemain manakala South- gate membawa masuk lapan, satu keputusan yang dia gambarkan sebagai “tidak perlu memerah otak” dalam keadaan semasa.

Belgium mencipta peluang terbaik pada separuh masa pertama yang buruk manakala England menunjukka­n kesegeraan yang lebih tinggi tetapi kurang menyengat di bahagian atas di mana mereka tiada kelibat Kane, penjaring terbanyak kejohanan, dan pergerakan Jesse Lingard, yang menonton perlawanan dari bangku pemain simpanan.

Januzaj, bekas pemain tengah Manchester United, memecah kebuntuan dengan satu cubaan yang cantik pada minit ke-51 dan cara jaringan itu diraikan seharusnya melenyapka­n sebarang kebimbanga­n bahawa pasukan Martinez tidak berminat dengan kemenangan.

England kemudian meneruskan usaha untuk mencari gol penyamaan tetapi mereka tiada ketajaman. Penyerang Marcus Rashford memperoleh­i peluang terbaik tetapi rembatanny­a sudah jauh dari sasaran apabila penjaga jejari gol Thibaut Courtois menyentuh bola. — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? GOL TUNGGAL: Januzaj meraikan gol jaringanny­a pada perlawanan Kumpulan G di antara England dan Belgium di Stadium Kaliningra­d.
— Gambar Reuters GOL TUNGGAL: Januzaj meraikan gol jaringanny­a pada perlawanan Kumpulan G di antara England dan Belgium di Stadium Kaliningra­d.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia