Utusan Borneo (Sarawak)

Colombia mara, Senegal menyesal ‘bermain kasar’

-

SAMARA: Pemain Colombia Yerry Mina menanduk masuk jaringan pada separuh masa kedua untuk memperoleh­i kemenangan 1-0 yang dramatik ke atas Senegal kelmarin yang membawa pasukan dari Amerika Selatan itu ke peringkat 16 terakhir Piala Dunia selain menyingkir­kan pasukan lawan mereka dari Afrika itu dari kejohanan.

Senegalhan­yamemerluk­an satu mata sahaja dalam perlawanan terakhir Kumpulan H mereka untuk mara ke pusingan seterusnya, tetapi mereka akan pulang selepas mereka melepaskan tempat kedua kumpulan kepada Jepun kerana mereka mempunyai rekod disiplin yang lebih buruk.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah Piala Dunia di mana sebuah pasukan disingkirk­an oleh jumlah kad kuning yang mereka telah kumpul dalam kejohanan ini.

Jepun yang ditewaskan 1-0 oleh Poland kelmarin, menamatkan peringkat kumpulan dengan empat mata dan rekod sama dalam semua perkara lain. Namun pasukan dari Asia berkenaan akhirnya menduduki tempat kedua kerana mereka mengutip empat kad kuning berbanding enam bagi Senegal.

Colombia, yang menduduki tempat teratas kumpulan dengan enam mata, menghadapi perlawanan pada peringkat 16 terakhir menentang naib juara Kumpulan G England pada Selasa depan.

Kekalahan bagi Senegal LOMPAT TINGGI: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Piala Dunia Kumpulan H di antara Senegal dan Colombia di Samara Arena. menyingkir­kan mereka pada peringkat kumpulan dalam penampilan sulung mereka di Piala sejak 2002, dan ini bermakna Afrika tidak ada wakil pada peringkat kalah mati buat pertama kali dalam tempoh 36 tahun.

“Senegal tidak layak kerana kami tidak berhak untuk layak. Ini adalah salah satu peraturann­ya,” kata jurulatih mereka.

“Kita perlu menghormat­inya. Kami lebih suka disingkirk­an dengan cara lain. Kami komited sepenuhnya dan mungkin kerana kami komited sepenuhnya, kami memperoleh­i lebih banyak kad kuning.”

Senegal nampak seperti akan mara sehingga minit ke-74 apabila Mina melompat untuk menanduk bola kencang dari tendangan sudut yang mencecah padang dan melantun ke bumbung jaring.

Ia merupakan tamparan yang hebat bagi pasukan Senegal yang ternyata bermain dengan lebih baik kebanyakan waktu dan menyaksika­n tendangan penalti dibatalkan pada separuh masa pertama selepas semakan VAR.

Mereka kelihatan seperti akan menjaringk­an gol pendahulua­n pada minit ke- 17 apabila penyerang Liverpool Sadio Mane jatuh dalam kawasan penalti selepas diasak oleh Davinson Sanchez dan pengadil Milorad Mazic menunjuk ke petak penalti.

Sistem VAR tidak dipuji semua pihak di kejohanan ini, tetapi ulang tayang televisyen menunjukka­n Sanchez terpijak bola sebelum dia merempuh Mane, dan selepas menyemak semula keputusan asalnya, Mazic bersetuju.

Peluang sepanjang perlawanan ternyata sedikit sekali, dan penyerang Colombia Radamel Falcao melakukan tandukan yang tersasar pada minit ke-25 dan sekali lagi pada separuh masa kedua, .

Namun Mina memastikan Colombia tidak dipaksa menanggung akibatnya apabila dia menjaringk­an tandukan, yang mencetuska­n keterujaan di kalangan penyokong Colombia yang membentuk lautan kuning di dalam stadium. — Reuters SARANSK: Tunisia mencatatka­n kemenangan pertama mereka di Piala Dunia dalam tempoh 40 tahun dengan kemenangan 2-1 ke atas pasukan yang tampil buat julung kali Panama kelmarin, tetapi jurulatih Nabil Maaloul berkata negara-negara Arab masih ada perjalanan yang jauh sebelum mereka dapat mencabar pasukan tertinggi dengan serius.

Tunisia ketinggala­n 1-0 pada waktu rehat dalam perlawanan Kumpulan G terakhir di Saransk walaupun bermain lebih baik.

Fakhreddin­e Ben Yousseff menyamakan kedudukan sejurus selepas babak kedua bermula dengan satu jaringan kemas dan Wahbi Khazri menjaringk­an gol kedua untuk menamatkan kemarau lama Tunisia.

Keputusan itu menebus sedikit maruah pasukan dari Afrika Utara itu, yang jurulatih Nabil Maaloul akui sebelum perlawanan adalah lemah semangat selepas kekalahan mereka kepada England dan Belgium.

Namun ia sukar bagi Panama, yang bermain buat pertama kali dalam kejohanan Piala Dunia, dan bagi penyokong mereka di Monrovia Arena yang buat seketika dapat mengimpika­n kemenangan bersejarah.

“Kami mahu merampas kemenangan ini, dan saya mahu menjaringk­an gol, dan itulah apa yang saya lakukan. Hari ini hebat sekali bagi Tunisia,” kata pemain terbaik perlawanan Ben Yousseff.

Kedua- dua pasukan sudah tersingkir daripada kejohanan sebelum perlawanan bermula, selepas kedua-duanya tewas kepada England dan Belgium.

Namun pertarunga­n bersemanga­t dan keghairaha­n lebih 37,000 penyokong di Mordovia Arena tidak menampakka­n bahawa ini adalah satu perlawanan tanpa makna di antara kedua-dua negara kerdil itu.

Tunisia menyertai Arab Saudi, Maghribi dan Mesir sebagai pasukan-pasukan yang gagal untuk mara dari peringkat kumpulan manakala Panama pulang ke tanah air sebagai satu daripada hanya dua negara sahaja untuk tewas dalam ketiga-tiga perlawanan dan dibolosi paling banyak gol.

Namun jurulatih Hernan Gomez berkata Panama sudah banyak belajar daripada pengalaman di Rusia.

“Kami jauh lebih setanding dalam perlawanan ini berbanding dalam perlawanan lain,” katanya. — Reuters

 ??  ??
 ??  ?? MINA
MINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia