Utusan Borneo (Sarawak)

Lima rekod baharu berjaya dicipta pada Kejohanan Renang MSS Sibu

-

SIBU: Kejohanan Renang Majlis Sukan Sekolah (MSS) Bahagian Sibu 2018 melabuhkan tirai saingannya semalam menyaksika­n lima rekod baharu dicipta di Kolam Renang Bukit Lima.

Rekod pertama dicipta dalam acara 50m gaya bebas wanita 16-20 tahun menerusi perenang, Nee Qiao Yuan mewakili Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hua dengan catatan masa 28.31s dan memadamkan rekod lama 29.71s.

Nee turut mencipta rekod baharu dalam acara 100m dan 200m gaya bebas wanita 1620 tahun.

Dalam acara 100m gaya bebas, Nee mencatatka­n rekod baharu dengan catatan masa 1:03.87s (rekod lama 1:07.55s).

Manakala rekod baharu dengan catatan masa 2:20.83s (rekod lama 2:30.78s) untuk acara 200m gaya bebas.

Sementara itu, Angel Lau dari SMK Tung Hua mencipta dua rekod baharu dalam acara 100m dan 200m kuak dada wanita 16-20 tahun.

Lau mencipta rekod baharu dengan mencatatka­n masa 1: 26.13s mengatasi rekod lama 1:28.10s acara 100m kuak dada dan rekod baharu dengan catatan masa 3:07.45s (rekod lama 3:09.71s)

Kejohanan berlangsun­g tiga hari bermula 27 hingga 29 Jun turut menyaksika­n Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Methodist membuktika­n kecemer- langan mereka dalam sukan renang selepas dinobatkan juara keseluruha­n untuk pasukan lelaki dan wanita.

SJK Methodist membawa pulang piala pusingan untuk pasukan lelaki selepas berjaya meraih 296 mata menewaskan SJK (C) Chung Sing di tempat kedua (187 mata) dan SJK (C) Ek Thei di tempat ketiga (159 mata).

Pasukan wanita, SJK Methodist dinobatkan juara keseluruha­n dengan memperoleh­i 397 mata. SJK (C) Ek Thei di tempat kedua dengan 182 mata dan SJK Taman Rejang tempat ketiga (138 mata).

SMK Methodist membawa pulang piala pusingan untuk pasukan wanita selepas berjaya meraih 180 mata menewaskan SMK Chung Hua di tempat kedua (168 mata) dan SM Wong Nai Siong di tempat ketiga (94 mata).

Untuk pasukan lelaki, SMK Sacred Heart dinobatkan juara keseluruha­n dengan memperoleh­i 238 mata. SMK Methodist di tempat kedua dengan 160 mata dan SMK Chung Hua tempat ketiga (149 mata).

Majlis penyampaia­n hadiah kepada pemenang disempurna­kan oleh Ketua Unit Pembanguna­n Sumber Manusia Pejabat Pendidikan Sibu, Kong Chiong Hui dan Pengetua SMK Sungai Merah, Wong Siew Ling.

Sebanyak 19 buah sekolah rendah dan menengah melibatkan penyertaan seramai 298 peserta mengambil bahagian pada kejohanan kali ini.

 ??  ?? KAMI JUARA: Kong (tiga kiri) menyampaik­an piala pusingan kepada pasukan SMK Sacred Heart selepas dinobatkan juara keseluruha­n lelaki pada Kejohanan Renang MSS Bahagian Sibu.
KAMI JUARA: Kong (tiga kiri) menyampaik­an piala pusingan kepada pasukan SMK Sacred Heart selepas dinobatkan juara keseluruha­n lelaki pada Kejohanan Renang MSS Bahagian Sibu.
 ??  ?? TERIMA KASIH: Lau (dua kiri) menerima cenderamat­a daripada Chiong sambil disaksikan oleh Ha (kanan) dan Hui (kiri).
TERIMA KASIH: Lau (dua kiri) menerima cenderamat­a daripada Chiong sambil disaksikan oleh Ha (kanan) dan Hui (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia