Utusan Borneo (Sarawak)

Lau masih sayang sukan golf walaupun lama tidak beraksi

-

SIBU: Walaupun sudah bertahun-tahun tidak bermain golf Temenggung Datuk Vincent Lau berkata beliau masih sayang dengan sukan yang sering diluangkan pada masa mudanya.

“Saya seorang pemain golf aktif awal penubuhan Sibu Golf Club (SGC) pada 1980an, ketika itu padang golf hanya mempunyai lima lubang serta bangunan kelab bersaiz sederhana,” katanya ditemui di sini semalam.

Timbalan Pengarah Urusan KTS itu berkata komitmen tinggi dalam perniagaan diceburi serta tanggungja­wab be- rat sebagai pemimpin komuniti menyebabka­nnya tidak banyak masa terluang.

“Golf adalah sukan sihat dan mencabar sesuai untuk golongan muda. Sibu kini memilik padang golf dijaga dengan baik dan kita perlu memberi penghormat­an kepada pemimpin terdahulu, terutamany­a mendiang Datuk Patinggi Tan Sri Wong Soon Kai pernah memegang jawatan sebagai presiden SGC dari 1993-2009.

“Sepanjang tempoh itu banyak perubahan dibawa beliau termasuk memperluas padang golf sehingga mempunyai 18 lubang serta rumah kelab baharu dan mengagumka­n,” katanya semasa menerima kunjungan hormat Kapten SGC Peter Chiong, Roland Ha (Setiausaha SGC) dan ahli jawatankua­sa, Robert Lau.

Ketiga-tiga mereka mengunjung­i Lau di pejabatnya mengucapka­n terima kasih kerana bersetuju menaja perbelanja­an Kejohanan Golf Terbuka Amatur Sibu ke19.

Lebih 100 pemain golf dari Sarawak, Sabah dan Brunei bersaing dalam acara dianjurkan oleh SGC itu.

 ??  ?? CERIA: Pemenang dan peserta bersama ahli-ahli jawatankua­sa penganjur pertanding­an badminton Kolej IBS di Miri.
CERIA: Pemenang dan peserta bersama ahli-ahli jawatankua­sa penganjur pertanding­an badminton Kolej IBS di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia