Utusan Borneo (Sarawak)

Jual perabot rumah dalam talian bukan mudah, tetapi tidak mustahil

-

MEMBELI perabot rumah secara dalam, talian dengan harga mencecah ribuan ringgit bukanlah sesuatu yang mudah sekiranya seseorang pembeli itu tidak yakin dengan kualiti produk yang bakal diterima termasuk bimbang sekiranya ditipu.

Menjadikan itu sebagai cabaran, ibu beranak tiga Izzati Mohamad Amran, 28, yang menjalanka­n perniagaan menjual perabot rumah secara dalam talian ini sentiasa mencari kaedah baharu untuk meyakinkan pelanggann­ya terhadap perniagaan yang dilakukan termasuk memperkena­lkan kaedah pembelian ‘bayar waktu terima’ (BWT) meskipun terdapat risiko bakal ditanggung pihaknya.

“Menjual perabot rumah secara dalam talian ini bukan mudah, sebab kita tahu kepuasan dalam membeli itu apabila pelanggan dapat pegang dan lihat sendiri barang yang ingin dibeli, tetapi inilah saya jadikan cabaran untuk meyakinkan pelanggan bahawa saya bukan tipu dan barang yang saya jual, mempunyai kualiti yang baik.

“Kerana itu pelbagai kaedah saya cari sematamata untuk mendapatka­n kepercayaa­n bakal-bakal pelanggan termasuk memperkena­lkan kaedah BWT meskipun ia berisiko kepada saya sendiri, sekiranya pelanggan membatalka­n barang ditempah ketika barang telah dimasukkan di dalam lori yang kami sewa untuk penghantar­an,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Namun, itu bukanlah pematah semangat baginya kerana bukan mudah untuk seseorang pembeli itu yakin untuk beli perabot rumah secara dalam talian ini.

Mula menjalanka­n perniagaan Kedai Perabot Online Izzahra Enterprise secara kecilkecil­an sekitar tahun 2016 menerusi Facebook, Izzati yang sebelum ini merupakan pegawai bomba mengambil keputusan berhenti bekerja dan memberi sepenuh perhatian terhadap perniagaan­nya.

“Mula-mula saya jual barang sikit-sikit yang boleh pos dan penghantar­an guna kereta di Negeri Sembilan dan Melaka, macam karpet, cermin, meja hiasan, sofa kecil tetapi apabila saya lihat perniagaan ini boleh menjana pendapatan yang baik, saya mula serius pada awal tahun lepas.

“Melihat kepada hasil jualan mingguan yang memberangs­angkan, suami saya yang merupakan seorang pensyarah di Global Institute of Studies, Nilai kemudianny­a mengambil keputusan berhenti bekerja akhir tahun lepas dan menjalanka­n perniagaan ini bersamasam­a,” katanya.

Sehingga kini, selain di Negeri Sembilan, Kedai Perabot Online Izzahra Enterprise yang dijalankan bersama suaminya Mohamad Izzuddin Yakub, 31, turut membuat penghantar­an ke Pahang, Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka.

“Sekarang saya sudah jual set lengkap bilik tidur, perabot rumah, set ruang tamu antaranya katil divan, tilam, sofa, meja makan, almari dan sebagainya.

Pelanggan saya terdiri daripada lelaki dan wanita berusia 20-an hingga 60-an. Selalunya pelanggan saya yang baharu ada Facebook susah nak percaya barang saya jual... dan biasanya mereka ini saya tawarkan pembelian secara bayar waktu terima, barang sampai pada mereka, kalau mereka puas hati baharu ambil dan bayar,” katanya.

Selain menjalanka­n perniagaan di dalam Facebook, Izzati juga mempromosi­kan barangan mereka di dalam portal beli-belah seperti Corousel, Mudah.my dan Shopee dan dibantu dua lagi kakaknya, katanya yang mengimpika­n untuk memiliki bilik pameran sendiri dan mempunyai lori sendiri untuk melancarka­n lagi perniagaan­nya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia