Utusan Borneo (Sarawak)

Dron dalam air temui mayat, motosikal dari feri karam di Indonesia

-

JAKARTA: Pasukan pencari yang menggunaka­n sebuah dron dalam air menemui mayat manusia dan motosikal dipercayai dari sebuah feri Indonesia yang karam pada minggu lepas dalam salah satu tasik gunung berapi paling dalam di dunia.

KM Sinar Bangun, sebuah feri papan sepanjang 17 meter, tenggelam semasa serangan ribut di Danau Toba, yang sedalam kira-kira 450 meter. Tiga penumpang disahkan meninggal dunia dan hampir 200 lagi hilang.

Ramai penumpang dipercayai terperangk­ap di dalam feri yang terlalu penuh, namun kedalaman tasik di pulau Sumatra dan keadaan selaman telah menyukarka­n usaha untuk mencari mayat mereka.

Rakaman video yang diambil kelmarin oleh sebuah kenderaan dalam air yang dijalankan melalui alat kawalan jauh ( ROV) menunjukka­n mayat manusia, motosikal dan tali dari feri pada kedalaman 450 meter, kata Agensi Pencari dan Penyelamat Negara (BASARNAS).

“Selepas berjaya menemui objek, tugas seterusnya adalah untuk (me- mutuskan) bagaimana untuk mengangkat dan memindahka­n mayat,” ketua BASARNAS Muhammad Syaugi dipetik sebagai berkata dalam laman sesawang agensi.

Seramai 18 orang, termasuk kapten, terselamat dalam kejadian feri karam yang didakwa membawa hampir lima kali ganda jumlah penumpang yang sepatutnya dan beberapa motosikal.

Polis Indonesia sudah menyoal siasat kapten pada minggu lepas dan menamakan empat orang sebagai suspek dalam siasatan jenayah berhubung salah satu kemalangan feri paling teruk di Indonesia dalam tempoh hampir sedekad.

Dengan keluasan lebih 1,145 kilometer persegi, tarikan pelancong di Danau Toba itu memenuhi kawah gunung berapi gergasi purba yang pernah meletus kira-kira 75,000 tahun lepas dalam salah satu letusan paling besar dalam sejarah.

Keadaan cuaca boleh berubah dengan pantas di kawasan tasik yang cantik, di mana satu siri kemalangan termasuk kejadian karam pada 1997 mengorbank­an kira-kira 80 orang. — Reuters DENPASAR: Ribuan pelancong terkandas semalam ketika Bali menutup lapangan terbang antarabang­sanya selepas letusan gunung berapi di pusat peranginan Indonesia yang memuntahka­n kepulan debu dan asap tebal beberapa ribu meter ke udara, kata pihak berkuasa.

Penutupan lapangan terbang Ngurah Rai pada awal pagi mendorong pembatalan hampir 280 penerbanga­n pergi dan balik dari syurga tropika dengan kira- kira 15,700 penumpang terjejas, menurut jumlah yang dinyatakan oleh seorang jurucakap lapangan terbang.

Jumlah awal diberikan adalah hampir 450 penerbanga­n dibatalkan dan 75,000 pelancong terjejas. Jurucakap tidak memberi sebarang sebab bagi penilaian dramatik itu.

Kilauan merah jingga yang terang dapat dilihat di atas kawah Gunung Agung selepas ia memuntahka­n asap dan debu setinggi kira-kira 2,000 meter ke langit pada petang kelmarin.

Lapangan terbang ditutup pada awal semalam selepas seorang juruterban­g yang terbang di atasnya mengesan kesan debu gunung berapi setinggi 23,000 kaki.

Debu adalah berbahaya kepada pesawat kerana ia boleh menyebabka­n laluan licin dan boleh disedut ke dalam bahagian enjinnya.

Pintu masuk utama antarabang­sa di Bali akan ditutup sehingga sekurang-kurangnya petang semalam, menurut pihak berkuasa, yang menambah bahawa dua lapangan terbang domestik lain turut ditutup.

Aktiviti baharu itu mengancam untuk menimbulka­n kacau-bilau dalam perjalanan selepas letusan Agung pada November menyebabka­n ribuan orang terkandas dan menjejaska­n industri pelanconga­n mewah di Bali serta ekonomi yang lebih meluas.

Berpuluh ribu penduduk tempatan sudah melarikan diri ke pusat pemindahan selepas letusan pada tahun lepas.

Gunung berapi itu adalah kira-kira 75 kilometer dari hab pelanconga­n Bali di Kuta.

Pelancong Australia Rod Bird datang awal ke lapangan terbang hanya untuk dimaklumka­n bahawa penerbanga­n beliau pulang ke Perth dibatalkan buat kali kedua.

Satu penerbanga­n awal dengan AirAsia dibatalkan sebelum lapangan terbang ditutup pada awal pagi semalam.

“Mereka hanya memberitah­u kami gunung berapi akan reda maka mereka menempah semula penerbanga­n kami pada pagi ini dan kami sudah berada di sini sejak jam 5 pagi waktu tempatan hanya untuk ditolak sekali lagi. Maka kami mempunyai dua penerbanga­n yang dibatalkan,” Bird memberitah­u AFP.

“Baiklah, ia adalah Bali, perkara sebegini berlaku dan kami dapat menerima ia dengan baik. Kami hanya rindukan anak-anak kami,” tambah beliau.

Ribuan orang terkandas di lapangan terbang atau hotel kawasan semalam, namun ia masih belum lagi diketahui berapa ramai pelancong yang tidak dapat meninggalk­an pulau tersebut.

Di sebalik letusan itu, status Agung kekal dalam keadaan berjaga-jaga, amaran bahaya kedua tertinggi.

Terdapat satu zon larangan seluas empat kilometer di sekitar puncak gunung Agung.

Gabenor Bali menyatakan pihak berkuasa sedang berusaha bagi membolehka­n pelancong meneruskan perjalanan mereka.

“Kami akan cuba sedaya upaya kami untuk mendapatka­n satu solusi supaya semua pelancong boleh meneruskan perjalanan mereka,” kata Made Mangku Pastika.

Agung meletus beberapa kali sejak ia hidup semula pada tahun lepas.

Letusan kuat terakhirny­a pada 1963 membunuh kirakira 1,600 orang. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? MELETUS: Gunung Agung meletus, seperti dilihat dari Kubu, Keregenan Karangasem di Bali, Indonesia semalam.
— Gambar Reuters MELETUS: Gunung Agung meletus, seperti dilihat dari Kubu, Keregenan Karangasem di Bali, Indonesia semalam.
 ?? — Gambar AFP ?? BATAL: Pelancong memeriksa penerbanga­n mereka di lapangan terbang Ngurah Rai di Denpasar, Bali, yang dibatalkan selepas gunung berapi Agung meletus semalam.
— Gambar AFP BATAL: Pelancong memeriksa penerbanga­n mereka di lapangan terbang Ngurah Rai di Denpasar, Bali, yang dibatalkan selepas gunung berapi Agung meletus semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia