Utusan Borneo (Sarawak)

PM Iraq arah segera hukum mati pejuang jihad IS

-

BAGHDAD: Perdana Menteri Iraq Haider al- Abadi kelmarin mengarahka­n hukuman mati segera terhadap semua pejuang jihad yang disabitkan dengan hukuman mati, dalam tindakan balas pantas kepada pembunuhan lapan orang tawanan oleh militan Daesh (IS).

Abadi mengarahka­n “hukuman segera terhadap pengganas yang dijatuhkan hukuman mati yang sudah melepasi peringkat muktamad”, menurut pejabatnya, merujuk kepada tertuduh yang mana rayuan mereka ditolak.

Lebih 300, termasuk kirakira 100 wanita asing, dijatuhkan hukuman mati di Iraq dan beratus-ratus lagi dihukum penjara bagi keanggotaa­n dalam kumpulan IS, seorang sumber kehakiman menyatakan pada April.

Kebanyakan wanita yang disabitkan adalah rakyat Turki atau dari bekas republik Soviet, sementara seorang lelaki Rusia dan seorang rakyat Belgium juga dalam hukuman mati.

Kelmarin Abadi berjanji akan membalas dendam bagi kematian lapan orang tawanan IS, sehari selepas mayat mereka ditemui di sepanjang lebuh raya di utara Baghdad.

“Pasukan keselamata­n dan tentera kami akan membalas dendam secara paksa terhadap kumpulan pengganas ini,” beliau memberitah­u pegawai kanan tentera dan menteri.

“Kami berjanji bahawa kami akan membunuh atau menahan mereka yang melakukan jenayah ini,” tegas beliau.

Mayat tersebut, ditemui di Tel Sharaf di wilayah Salaheddin, sudah mereput dan dilekatkan dengan ves bahan letupan, menurut tentera.

Mereka termasuk enam orang yang diculik yang muncul dalam video IS dengan muka yang lebam teruk. IS mendakwa mereka adalah anggota polis Iraq atau anggota pasukan separa tentera Hashed al-Shaabi.

Dalam video yang dihantar pada Sabtu lepas oleh saluran propaganda IS, Amaq, pejuang jihad mengugut akan membunuh orang tawanan mereka kecuali Baghdad membebaska­n wanita Islam Sunnah yang ditahan di penjaranya dalam masa tiga hari.

Namun Abadi berkata bedah siasat menunjukka­n orang tawanan sudah meninggal dunia ketika video itu dihantar.

Iraq mengumumka­n kemenangan terhadap IS pada Disember selepas menghalau pejuang jihad dari semua pusat bandar termasuk bandar kedua Mosul dalam kempen tentera besar-besaran.

Namun tentera Iraq meneruskan operasi yang menyasarka­n kebanyakan kawasan gurun di sepanjang sempadan poros dengan Syria. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIHUKUM MATI: Gambar serahan Kementeria­n Kehakiman Iraq semalam menunjukka­n pejuang jihad IS yang ditutup mata dengan kain dan tangan digari menunggu giliran untuk menjalani hukuman mati di tali gantung.
— Gambar AFP DIHUKUM MATI: Gambar serahan Kementeria­n Kehakiman Iraq semalam menunjukka­n pejuang jihad IS yang ditutup mata dengan kain dan tangan digari menunggu giliran untuk menjalani hukuman mati di tali gantung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia