Utusan Borneo (Sarawak)

Serangan berdarah di pejabat akhbar Annapolis

Lelaki bersenjata bunuh lima, dua lagi cedera ringan, dalam ‘serangan yang disasarkan’: Polis

-

ANNAPOLIS: Seorang lelaki bersenjata­kan selaras senapang patah dan bom tangan asap merempuh masuk ke dalam sebuah pejabat akhbar di bandar raya Annapolis di Amerika Syarikat ( AS) kelmarin, membunuh lima orang dalam apa yang dikatakan oleh polis sebagai “serangan yang disasarkan”.

Pihak berkuasa berkata kejadian tembakan di pejabat akhbar Capital Gazette dilakukan oleh seorang penduduk lelaki kulit putih wilayah Maryland yang sedang disoal siasat dalam tahanan.

Seorang wartawan untuk akhbar bersejarah itu, yang wujud sebelum Amerika Syarikat, menceritak­an dalam Twitter mengenai saat menakutkan ketika “penyerang bersenjata menembak melalui pintu kaca ke pejabat dan melepaskan tembakan ke arah beberapa pekerja.”

“Tidak ada perkara yang lebih menakutkan berbanding dengan mendengar beberapa orang ditembak sementara kamu berada di bawah meja kamu dan kemudian dapat mendengar si penembak mengisi pelurunya,” kata wartawan jenayah Phil Davis.

Terdapat lima kematian dan dua kecederaan ringan, pemangku ketua polis bagi wilayah Anne Arundel, Bill Krampf, memberitah­u sidang media di bandar utama Maryland.

“Ini adalah serangan yang disasarkan terhadap Capital Gazette,” tambah Krampf lagi.

Beliau berkata polis masih belum mengetahui motif penyerang, namun “kami tahu bahawa terdapat ugutan yang dihantar kepada Gazette melalui media sosial.”

“Kami sedang cuba untuk mengesahka­n akaun yang manakah itu dan kami sedang cuba untuk mengesahka­n siapa sebenarnya yang menghantar ugutan itu,” tambah Krampf.

Pengarang Capital Gazette Jimmy DeButts menyatakan dalam Twitter bahawa beliau berasa “terkejut dan sangat sedih. Kelu.”

“Saya tidak mampu untuk berkata apa-apa, hanya mengetahui wartawan dan pengarang @ capgaznews memberikan semua yang mereka mampu setiap hari, Tidak ada 40 jam seminggu, tidak ada bayaran besar – hanya satu minat mendalam untuk memberitah­u kisah dari masyarakat kita,” tulis DeButts.

Chase Cook, seorang wartawan bagi akhbar tersebut, menyatakan kejadian tembakan tidak akan menghentik­an The Capital – edisi cetakan tempatan – dari terus diterbitka­n.

“Saya boleh memberitah­u anda perkara ini: Kami akan mengeluark­an akhbar kami esok,” tegas beliau.

Gracie Rustin, seorang pembantu perubatan pergigian yang sedang mengikuti satu prosedur di tingkat dua bangunan berkenaan ketika serangan berlaku, mendengar “bunyi bising yang kuat” namun tidak segera menyedari ia adalah satu tembakan.

Kemudian polis bergegas masuk dan “seperti, ‘Pergi, ‘Pergi!” kata Rustin.

Kejadian tembakan itu mengimbau semula kenangan bagi insiden 2015 di Roanoke, Virginia di mana dua wartawan ditembak mati semasa satu siaran langsung dalam televisyen tempatan.

“Setiap tembakan seperti ini adalah menakutkan namun satu yang berlaku di sebuah tempat bagi kewartawan­an adalah sangat mengganggu dan membawa kembali banyak kenangan bagi hari tragik itu buat saya,” kata Andy Parker, yang anak perempuann­ya Alison adalah salah seorang mangsa Roanoke.

Presiden Donald Trump, yang berdepan dengan banyak masalah dengan media sejak menjawat jawatannya, menghantar mesej sokongan melalui Twitter.

“Ingatan dan doa saya adalah bersama dengan mangsa dan keluarga mereka. Terima kasih kepada Responden Pertama yang sekarang berada di tempat kejadian,” tulis beliau.

“Satu serangan kejam terhadap wartawan yang tidak bersalah melakukan tugas mereka adalah satu serangan terhadap semua rakyat Amerika,” tegas jurucakap Rumah Putih Sarah Sanders.

Beberapa anggota perundanga­n turut menyampaik­an ucapan mereka.

“Hati saya bersama dengan keluarga, teman dan orang tersayang kepada mangsa ketika kita mengetahui banyak lagi mengenai situasi yang teruk ini,” Chris Van Hollen, senator muda negara berkata. “Kita harus bersatu bagi menamatkan keganasan.”

“Serangan yang tidak berperasaa­n ini terhadap akhbar Maryland pada hari ini adalah sangat teruk. Semoga Tuhan memberkati wartawan ini,” kata Speaker Dewan Paul Ryan dalam Twitter. — AFP

 ?? — Gambar AFP/Reuters ?? BERKAWAL: Anggota polis dilihat berkawal di luar sebuah bangunan selepas seorang lelaki bersenjata dikenal pasti sebagai Jarrod Ramos (sisipan) disyaki menembak mati lima orang dan menyebabka­n dua lagi mengalami kecederaan ringan di pejabat akhbar...
— Gambar AFP/Reuters BERKAWAL: Anggota polis dilihat berkawal di luar sebuah bangunan selepas seorang lelaki bersenjata dikenal pasti sebagai Jarrod Ramos (sisipan) disyaki menembak mati lima orang dan menyebabka­n dua lagi mengalami kecederaan ringan di pejabat akhbar...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia