Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin EU ikrar tindakan lebih tegas terhadap senjata kimia, pengintipa­n

-

BRUSSELS: Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) semalam berjanji untuk sedaya-upaya bertindak terhadap senjata kimia dan memperting­katkan usaha bagi menangani pengintipa­n, ketika Eropah berasa bimbang mengenai ancaman dari Rusia.

Tiga bulan selepas serangan ejen saraf di bandar Salisbury di Britain, dipersalah­kan terhadap Rusia, menyatukan EU dalam kecaman terhadap Moscow, para pemimpin negara menegaskan mereka mahu langkah baharu bagi menghalang penyebaran senjata kimia.

Satu persidanga­n bagi pemimpin EU di Brussels telah menyeru bagi “pelaksanaa­n secepat mungkin langkah sekatan oleh rejim EU yang baharu dalam menangani penggunaan dan penambahan senjata kimia”.

Permintaan muncul sehari selepas komuniti antarabang­sa mengundi untuk memperting­katkan kuasa badan pemerhati senjata kimia dunia bagi membolehka­n ia menamakan mereka yang bertanggun­gjawab ke atas serangan senjata toksik di Syria.

Serangan Salisbury, di samping serangan gas yang berulang-ulang kali dalam perang saudara berdarah di Syria serta pembunuhan abang tiri kepada pemimpin Korea Utara menggunaka­n ejen saraf VX di Malaysia, menimbulka­n kebimbanga­n bahawa larangan selama satu abad terhadap senjata kimia telah mulai terhakis.

Suruhanjay­a Eropah, bahagian eksekutif berkuasa di EU, berkata keputusan pada Rabu lepas bagi meningkatk­an kuasa Organisasi bagi Larangan ke atas Senjata Kimia (OPCW) merupakan satu “langkah penting ke arah mengekal dan memper- tahankan norma global menentang penggunaan senjata kimia.”

Serta dengan negara-negara Eropah semakin bimbang mengenai campur tangan Rusia dalam pilihan raya di sekitar benua, persidanga­n mengarahka­n suruhanjay­a agar muncul dengan “satu respons EU secara terancang terhadap cabaran maklumat palsu.”

Para pemimpin turut menggesa negara-negara EU agar bekerjasam­a dengan lebih rapat dan berbincang dengan NATO, bagi menangani ancaman dari “aktiviti perisikan musuh.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia