Utusan Borneo (Sarawak)

575 wanita AS protes pemisahan keluarga pendatang ditangkap

-

WASHINGTON: Lebih 500 wanita termasuk seorang anggota Kongres ditangkap kelmarin di kompleks Capitol Amerika Syarikat (AS) ketika membantah polisi imigresen tegas oleh Presiden Donald Trump yang menyebabka­n pemisahan ribuan keluarga pendatang di sempadan dengan Mexico.

Polis Capitol AS mengesahka­n 575 wanita yang melakukan bantahan aman di atrium sebuah bangunan pejabat Senat telah didakwa dengan tunjuk perasaan yang melanggar undang-undang, kemudian diproses di tempat kejadian serta dibebaskan.

Ramai daripada mereka yang ditahan telah menyanyi dan melaungkan slogan, serta memakai selimut kecemasan kelabu, gaya ‘mylar’ serupa dengan yang diberikan kepada kanak-kanak di dalam pusat tahanan.

Anggota Demokrat Dewan Pramila Jayapal adalah antara mereka yang ditangkap.

“Saya ditangkap bersama lebih 500 wanita dan @womensmarc­h untuk menyatakan polisi tiada toleransi kejam oleh @realDonald­Trump tidak akan diteruskan. Bukan di negara kami. Bukan dengan nama kami,” beliau berkata dalam Twitter.

Aktres Susan Sarandon berkata beliau turut ditangkap kelmarin di Washington, di mana orang ramai berkumpul dalam bantahan di luar Jabatan Kehakiman.

“Ditangkap. Terus Tabah. Teruskan Perjuangan. # WomenDisob­ey,” kata bintang Hollywood itu dalam Twitter.

Pendakwa raya di Bangunan Pejabat Senat Hart menunjukka­n kain rentang yang bertulis: “Hentikan semua kem tahanan” dan “Keluarga sepatutnya bersama dalam kebebasan.”

Senator Kirsten Gillibrand menghantar video bagi tun- juk perasaan, menyatakan wanita membantah “polisi tidak berperikem­anusiaan ini oleh pentadbira­n Trump yang memisahkan keluarga di sempadan.”

Trump dan Kongres telah bergelut untuk menyelesai­kan krisis yang melihat lebih 2,000 kanak- kanak dipisahkan daripada ibu bapa pendatang mereka sejak pentadbira­n mengumumka­n polisi sempadan “tiada toleransi” pada awal Mei.

Polisi itu menyeru bagi tindakan undang-undang tegas yang memerlukan sesiapa didapati menyeberan­g secara haram akan ditangkap dan dirujuk bagi pendakwaan.

Trump mengarahka­n penghentia­n kepada pemisahan baru-baru ini selepas menarik bantahan antarabang­sa dan kritikan daripada Demokrat serta beberapa anggota Republikan, namun Kongres gagal untuk menyelesai­kan krisis dan ia telah berterusan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PROTES: Aktivis berarak ke Capitol AS ketika memprotes polisi imigresen oleh pentadbira­n Trump yang menyebabka­n pemisahan keluarga pendatang di Washington, AS kelmarin.
— Gambar Reuters PROTES: Aktivis berarak ke Capitol AS ketika memprotes polisi imigresen oleh pentadbira­n Trump yang menyebabka­n pemisahan keluarga pendatang di Washington, AS kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia