Utusan Borneo (Sarawak)

Pembunuh bersiri Kanada pernah dinilai tidak berbahaya: Media

-

OTTAWA: Penilaian psikiatrik terhadap seorang pereka seni taman Kanada yang kini dituduh terlibat dalam pembunuhan bersiri menyasarka­n komuniti gay di Toronto telah diputuskan, selepas penglibata­n pertamanya dengan undang-undang pada 2001, bahawa dia tidak berbahaya, lapor media Kanada kelmarin.

Bruce McArthur, 66, diberkas pada Januari dan didakwa dengan pembunuhan lapan lelaki, kebanyakan anggota badan mereka yang dikerat telah ditemui disembunyi­kan di dalam pasu besar tanaman milik tertuduh.

Menurut penilaian psikiatrik selepas dia mengaku bersalah pada 2001 kerana memukul seorang pelacur lelaki dengan sebatang paip besi – hampir dua dekad sebelum penahanan terbaharun­ya – McArthur tidak mengakui orientasi seksualnya sehingga dia berusia 40 tahun, menurut laporan media.

Ahli psikologi yang memeriksa dia menyatakan dia kemungkina­n mengalami “penolakan yang tidak dinyatakan,” namun memutuskan risiko untuk dia melakukan keganasan adalah “sangat minimal”.

Satu laporan hukuman dalam kes serangan pada 2001 adalah juga sama positif.

“Kami tidak mendakwa satu senario kes buruk di mana Encik McArthur berkeliara­n di jalan raya sebagai seorang pemangsa kejam,” pendakwa raya Michael Leshner dilaporkan memberitah­u mahkamah pada 2003.

McArthur mengaku bersalah kerana menyerang dalam kes itu namun tidak menerima hukuman penjara. Dia kemudian memohon dan telah diberikan pengampuna­n, dan pensabitan itu dibuang daripada rekod rasmi.

Akhbar The Globe dan Mail serta Canadian Broadcasti­ng Corporatio­n telah pergi ke mahkamah bagi mendapatka­n akses kepada dua laporan yang ditutup.

Kedua-dua syarikat media menyatakan McArthur memilih untuk tidak mengendahk­an tarikannya terhadap lelaki lain ketika membesar di sebuah ladang Ontario.

Dia kemudian berkahwin dan mempunyai dua anak.

Selepas pasangan itu berpisah pada 1997, dia menerima orientasi seksualnya.

Siasatan mengenai pem- bunuhan bersirinya dari tahun 2010 hingga 2017 telah berkembang hingga melibatkan lebih 75 hartanah di kawasan Toronto di mana McArthur pernah melakukan sedikit kerja landskap.

Polis turut membuka semula 15 kes dingin bertarikh sejak 1975 bagi kemungkina­n berkaitan dengan McArthur, yang ditangkap selepas dicurigai dalam satu siasatan terhadap orang hilang dari Kampung Gay di Toronto.

Menurut media tempatan, polis membuat keputusan pantas untuk memasuki apartmen McArthur dan menahan dia pada 18 Januari ketika mereka melihat seorang pemuda memasuki rumahnya. Polis menemui lelaki tersebut diikat pada sebuah katil, namun tidak dicederaka­n. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia