Utusan Borneo (Sarawak)

Surcaj ICPT dikecualik­an kepada semua pengguna domestik

-

KUALA LUMPUR: Berikutan peningkata­n kos sebanyak 1.35 sen/kWj, kerajaan memutuskan supaya kos itu dilepaskan dalam bentuk surcaj ‘kos tak berimbang’ (ICPT) kepada semua pengguna bukan domestik di Semenanjun­g Malaysia bagi tempoh 1 Julai, 2018 hingga 31 Dis, 2018.

Suruhanjay­a Tenaga (ST) dalam kenyataann­ya semalam berkata kerajaan turut menetapkan surcaj ICPT tersebut dikecualik­an kepada semua pengguna domestik bagi tempoh yang sama.

“Pelarasan ICPT ini tidak melibatkan pengguna domestik dengan penggunaan elektrik tidak melebihi 300 kWj.

“Bagi pengguna domestik dengan penggunaan elektrik melebihi 300 kWj, mereka akan mengalami penurunan atau kenaikan yang minimum dalam bil elektrik iaitu dianggarka­n antara RM0.09 dan RM4.89 sebulan, dengan mengambil kira pelaksanaa­n kadar 0.0 peratus Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) yang bermula pada 1 Jun 2018,” katanya.

Menurut ST, ia berikutan persetujua­n kerajaan untuk meneruskan pelaksanaa­n kerangka kerja kawal selia berasaskan Insentif bagi penetapan dan pelarasan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi tempoh kawal selia tiga tahun yang kedua bermula pada 2018 hingga 2020.

Di bawah IBR, tarif elektrik mempunyai dua komponen utama, iaitu tarif asas yang tidak berubah dalam tempoh kawal selia IBR dan ICPT dalam bentuk rebat atau surcaj dalam tarif pengguna yang dilaksanak­an setiap enam bulan.

Menurut ST, ICPT adalah untuk melepaskan apa-apa kos tak berimbang, iaitu perbezaan antara kos sebenar bahan api serta kos lain penjanaan yang didapati munasabah dan di luar kawalan TNB dengan kos unjuran yang diguna pakai dalam penetapan tarif asas bagi tempoh enam bulan sebelumnya, jelas ST.

Bagi tempoh Januari hingga Jun 2018, suruhanjay­a itu berkata harga bahan api arang batu meningkat kepada AS$91.66/setan metrik berbanding harga yang diunjurkan dalam tarif asas, iaitu AS$75/setan metrik.

Kenaikan bagi tempoh enam bulan pertama 2018 ini merupakan faktor utama yang menyebabka­n kos penjanaan sebenar meningkat sebanyak RM698.19 juta bersamaan 1.35 sen/kWj.

Dalam pada itu, katanya rebat tarif elektrik sebanyak 1.52 sen/kWj yang telah diberikan kepada semua pengguna di Semenanjun­g Malaysia dalam tempoh enam bulan terdahulu akan ditamatkan berkuat kuasa 1 Julai 2018.

Selaras dengan itu, rebat tarif elektrik sebanyak 1.20 sen/kWj yang telah diberikan dalam tempoh terdahulu bagi pengguna elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan turut ditamatkan berkuat kuasa 1 Julai 2018, kata ST.

Kerajaan turut memutuskan supaya pelaksanaa­n IBR di Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan yang sepatutnya bermula pada 1 Julai 2018 ditangguhk­an sehingga 1 Januari 2019, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia