Utusan Borneo (Sarawak)

Takaful Malaysia lancar pelan perubatan dalam talian

-

KUALA LUMPUR: Syarikat Takaful Malaysia Bhd melancarka­n pelan perubatan dalam talian dengan taja jamin penuh di Asia, Takaful myClick MediCare, menerusi portal jualan ‘Click for Cover’.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Seri Mohamed Hassan Kamil berkata produk perubatan baharu itu dibangunka­n bukan sahaja untuk memenuhi keperluan pengguna yang sihat, malah untuk mereka yang mengalami masalah kesihatan.

“Premium dan segala yang berkaitan akan dinilai berdasarka­n soalan kaji selidik perubatan. Ini merupakan sebahagian daripada strategi digital yang jelas membezakan kami dengan penyedia insurans yang lain kerana kami sahaja yang menawarkan inovasi canggih ini,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Takaful myClick MediCare merupakan pelan perubatan berpatutan kepada rakyat Malaysia berusia 30 hari hingga 69 tahun untuk perlindung­an sehingga RM100,000 setahun tanpa had seumur hidup.

Ia menawarkan kemasukan tanpa tunai ke hospital panel di seluruh dengan, dengan perlindung­an boleh diperbahar­ui sehingga 85 tahun.

Penyedia insurans itu menawarkan produk yang lebih berpatutan dengan menawarkan pilihan amaun potongan untuk membolehka­n mereka mendapat diskaun sehingga 30 peratus.

Pilihan ini merupakan ciri perkongsia­n kos yang membolehka­n pelanggan berkongsi jumlah perbelanja­an perubatan tetap yang rendah dan bakinya dibayar oleh perlindung­an perubatan sehingga had tahunan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia