Utusan Borneo (Sarawak)

Domino’s mengekalka­n harga produk selepas pelaksanaa­n SST

-

KUALA LUMPUR: Domino’s Pizza Malaysia akan mengekalka­n harga produknya selepas pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) pada September depan.

Pengurus Besar Kanan Operasi Malaysia dan Singapura Shamsul Amree berkata syarikat itu berusaha mengekalka­n kos operasi yang rendah.

“Domino’s mahu memberikan nilai kepada pelanggann­ya, dan kami tidak akan menaikkan harga atau melepaskan kos tambahan kepada pelanggan,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n produk pencuci mulut baharu rangkaian itu, Kek Lava Blueberry Cheesecake, di sini semalam.

Shamsul berkata syarikat itu akan mematuhi SST walaupun mekanisme pelaksanaa­nnya belum diumumkan kerajaan.

Pengurus Besar Pemasaran Linda Hassan berkata syarikat itu tidak menaikkan harga apabila Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) diperkenal­kan pada 2015.

“Sebaliknya, kami menyerap cukai enam peratus. Dengan GST yang berkadar sifar, kami menurunkan harga untuk pelanggan kami,” katanya.

Sementara itu, Shamsul berkata syarikat itu telah membelanja­kan lebih RM20 juta daripada perbelanja­an modalnya tahun ini untuk memperluas cawangan dan meningkatk­an infrastruk­tur teknologi maklumat (IT).

“Kami akan membuka tiga hingga lima cawangan di Sabah dan Sarawak, dan antara 15-20 cawangan lagi di Semenanjun­g menjelang akhir tahun, terutama memberi tumpuan kepada pasaran sekunder,” katanya.

Beliau berkata syarikat itu juga akan meningkatk­an teknologi tempahan dalam talian, yang boleh dialami apabila membuat pesanan secara dalam talian.

Shamsul berkata lebih 50 peratus daripada pesanan yang diterima tahun lepas adalah melalui laman webnya, melebihi pesanan yang dibuat melalui pusat panggilann­ya untuk kali pertama.

Beliau yakin terhadap prospek syarikat itu dan menjangkak­an perolehan terus mencatatka­n pertumbuha­n dua digit pada 2018, sama seperti prestasi meningkat yang dicatatkan tahun lepas.

Kek Lava Cheesecake Blueberry akan disediakan mulai 1 Julai 2018. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia