Utusan Borneo (Sarawak)

Privasia Technology jangka kembali untung pada tahun kewangan 2018

-

PETALING JAYA: Privasia Technology Bhd, yang mengalami kerugian pada fiskal 2017, menjangkak­an dapat kembali mencatatka­n keuntungan pada tahun kewangan semasa berakhir 31 Dis, 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan, S.Puvanesan berkata syarikat telah melaksanak­an penstruktu­ran semula dan menetapkan kembali keutamaan segmen untuk menumpu kepada empat pelanggan utama – syarikat perladanga­n, minyak dan gas, pelabuhan serta telekomuni­kasi.

“Kami mahu memperluas rangkaian produk dan perkhidmat­an yang disediakan khususnya dalam pertumbuha­n produk harta intelek yang pantas berkembang, meningkatk­an skop dan perkhidmat­an teknologi maklumat dan komunikasi.

“Di samping itu, syarikat turut berhasrat mengoptimu­mkan perkhidmat­an berasaskan satelit,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini, semalam.

Pada tahun kewangan 2017, Privasia Technology merekodkan kerugian bersih RM7.13 juta berikutan ketidakten­tuan tukaran asing yang telah menjejaska­n perniagaan satelit.

“Perolehan lebih rendah, asas kos lebih besar menyebabka­n kerugian bersih berbanding keuntungan bersih RM300,000 pada tahun kewangan 2016 malah pelaburan berjumlah RM500,000 turut dihapus kira,” katanya.

Pada suku pertama tahun kewangan 2018, syarikat dapat mengurangk­an kerugian bersih daripada RM2.04 juta yang dicatatkan pada tempoh sama tahun kewangan 2017 kepada RM1.74 juta.

Puvanesan berkata nilai perolehan kontrak yang berada pada RM83 juta akan memastikan kerja berterusan syarikat sehingga 2021.

“Kami mempunyai impian besar untuk berkembang pada tahun- tahun akan datang, dan mengambil langkah perlu bagi merealisas­ikan visi ini,” katanya.

Tahun lepas, Privasia Technology diberikan kontrak bernilai RM2.05 juta bagi membekalka­n, menyerahka­n, melaksanak­an, menguji dan mengoperas­ikan sistem maklumat pengurusan pelabuhan bagi Pelabuhan Lumut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia