Utusan Borneo (Sarawak)

BS Supermart kini membuka cawangan keenam

-

KUCHING: BS Supermart Sdn Bhd (BS Supermart) kini membuka cawangan pasar rayanya yang keenam di Jalan Depo Off Jalan Samariang di sini.

Pengarah Urusan BS Supermart Sdn Bhd, Justin Lai berkata, pembukaan cawangan baharu itu adalah bagi memperluas­kan rangkaian perniagaan mereka di bandar raya ini.

Justeru katanya, orang ramai terutama para pelanggan dipelawa untuk mengunjung­i sambil membeli-belah di Pasar Raya BS Supermart dua tingkat ini kerana pelbagai barangan yang berkualiti dan segar ditawarkan pada harga berpatutan.

“Barangan yang dijual di sini termasukla­h barangan isi rumah, sayur-sayuran dan buah-buahan segar, makanan sejuk beku, produk penjagaan diri, barangan perkakasan (hardware), barangan plastik, pelbagai produk makanan dan banyak lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa pembukaan rasmi cawangan Pasar Raya BS Supermart di Jalan Depo Off Jalan Samariang di sini, semalam.

Justin berkata, sempena pembukaan cawangan itu, pihaknya turut mengadakan pelbagai promosi hebat kepada para pelanggan selama tiga hari sehingga Ahad ini (1 Julai).

“Antaranya termasuk memberikan kad keahlian seumur hidup secara percuma kepada para pelanggan yang membeli barangan bernilai RM100 dalam satu resit pembelian di sini dalam tempoh tiga hari tersebut.

“Malah, mereka (pelanggan tersebut) juga akan diberikan satu payung percuma sementara stok masih ada,” katanya.

Di samping itu katanya, pihaknya turut memberikan persampela­n percuma kepada orang ramai sempena pembukaan cawangan pasar raya itu semalam.

“Untuk mengetahui lanjut mengenai barangan dan promosi yang ditawarkan di Pasar Raya BS Supermart, orang ramai boleh ‘like’ ke Facebook kami iaitu BS Supermart Sdn Bhd,” katanya.

Pasar Raya BS Supermart yang terletak di Jalan Depo Off Jalan Samariang beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi hingga 9 malam.

Selain cawangan di sini, BS Supermart turut mempunyai cawangan pasar rayanya di Lundu, Bau, Tapah, Satok dan juga, di Batu 7.

 ??  ?? BANYAK PILIHAN:
BANYAK PILIHAN:
 ??  ??
 ??  ?? DIBUKA: Justin (kiri sekali) merakamkan gambar kenangan bersama Pengurus Besar BS Supermart Sdn Bhd, Chang Eng Kiat (dua kiri) dan Pemilik BS Supermart Sdn Bhd, Lai Boon Seng (dua kanan) semasa perasmian pembukaan cawangan Pasar Raya BS Supermart di...
DIBUKA: Justin (kiri sekali) merakamkan gambar kenangan bersama Pengurus Besar BS Supermart Sdn Bhd, Chang Eng Kiat (dua kiri) dan Pemilik BS Supermart Sdn Bhd, Lai Boon Seng (dua kanan) semasa perasmian pembukaan cawangan Pasar Raya BS Supermart di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia