Utusan Borneo (Sarawak)

Menjadi keutamaan di samping keperluan hidup, makanan dan rumah

-

SANDAKAN: Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan sedang merancang beberapa kaedah bagi mengelakka­n kekerapan berlaku kebakaran di perkampung­an setinggan di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Jaujan Sambakong berkata masalah setinggan boleh dikatakan berlaku di seluruh pesisir pantai dari pantai timur hingga barat dan selatan yang banyak terdapat rumah setinggan. Ia menjadi salah satu tanggungja­wab kerajaan hari ini.

“Kita pun mempunyai perancanga­n bukan sahaja bila berlaku kebakaran sebegini, kerana kita sudah lihat sering berlaku kebakaran di Kudat, Semporna, Tawau dan Lahad Datu.

“Kita sudah 60 tahun mempunyai kerajaan tapi perkara ini masih juga tidak dapat diselesaik­an. Jadi, apa yang berlaku hari ini dalam kerajaan yang baharu sudah tentu kita perlu mempunyai pendekatan, bukan pendekatan yang baharu tapi apa yang ia katakan keutamaan bukan tidak penting bangunan, jalan raya tetapi rakyat harus diutamakan,” katanya.

Beliau berkata ia akan diberi keutamaan di samping keperluan hidup, makanan dan rumah, tetapi pihaknya yakin hendak mendirikan rumah bukan mudah kerana melibatkan perbelanja­an yang besar.

“Sudah tentu perlu dirancang dengan baik dan perancanga­n ini banyak melibatkan bukan sahaja di peringkat pimpinan tetapi kerajaan dan rakyat pun perlu bekerjasam­a.

“Jangan bila berlaku musibah atau ada kekurangan, rakyat mempersala­hkan kerajaan,” katanya selepas melawat mangsa kebakaran Kampung Gas di Sekolah Kebangsaan Gas, petang Khamis.

Jaujan menjelaska­n sudah tentu setiap kejadian bencana ada jawatankua­sa tertentu menanganin­ya.

“Pada peringkat awal ini, seperti biasa kita beri bantuan makanan dan juga mungkin sedikit pakaian.

“Tetapi kita bersyukur kerana tidak ada kemalangan daripada 1,133 rakyat yang melibatkan 147 rumah yang terbabit musibah ini,” katanya.

Beliau berkata apa yang penting mereka perlu bertenang serta bersabar dan sebagai kerajaan yang prihatin, pihaknya sentiasa mengambil perhatian.

“Ini adalah salah satu keprihatin­an kita, bukan tanggungja­wab kerana apa yang berlaku ini satu musibah... tidak ada yang disengajak­an.

Bila berlaku begini kita sebagai wakil rakyat perlu turun ke bawah,” katanya.

Turut hadir, Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Stephen Wong Tien Fatt, Menteri Belia dan Sukan Poon Ming Fung @ Frankie, Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Liew Vui Keong, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Arifin Asgali, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Hiew Vun Zin, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Arunarnsin Taib, ADUN Elopura Chong Ket Kiun dan para pemimpin masyarakat.

 ??  ?? PRIHATIN: Jaujan (kiri) bersama para pemimpin melawat mangsa kebakaran.
PRIHATIN: Jaujan (kiri) bersama para pemimpin melawat mangsa kebakaran.
 ?? — Gambar Bernama ?? TAJAAN PENDIDIKAN: Dr Yusof Yacob (depan enam, kanan) dan Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Sidek Hassan (depan lima, kanan) bergambar bersama para pelajar yang mendapat tajaan Petronas pada Majlis Anugerah Penajaan Pendidikan Petronas semalam.
— Gambar Bernama TAJAAN PENDIDIKAN: Dr Yusof Yacob (depan enam, kanan) dan Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Sidek Hassan (depan lima, kanan) bergambar bersama para pelajar yang mendapat tajaan Petronas pada Majlis Anugerah Penajaan Pendidikan Petronas semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia