Utusan Borneo (Sarawak)

34 pelajar cemerlang Sabah terima biasiswa Petronas

-

KOTA KINABALU: Seramai 34 pelajar cemerlang Sabah menerima biasiswa daripada syarikat petroleum negara, Petronas, menerusi Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) tahun ini.

Mereka adalah sebahagian daripada 300 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 yang menerima biasiswa PESP itu.

MenteriPel­ajarandanI­novasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob, yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, menyampaik­an biasiswa itu kepada pelajar berkenaan pada majlis penyampaia­n PESP di sini, semalam.

Mohd Shafie, dalam teks ucapannya yang dibacakan Yusof, berkata kerajaan negeri menyokong penuh usaha Petronas menyemarak­kan bidang pendidikan menerusi PESP yang membolehka­n pelajar cemerlang Sabah melanjutka­n pengajian tinggi di universiti tempatan dan antarabang­sa.

“Ia membabitka­n kos pengajian serta sara hidup tinggi. PESP menyediaka­n sumber bagi membolehka­n para pelajar mendapatka­n pedidikan terbaik dengan mereka akhirnya membawa pulang ilmu yang dipelajari dan diterapkan dalam bidang profesiona­l seterusnya membawa manfaat kepada kita semua,” katanya.

Pengerusi Petronas Tan Sri Sidek Hassan pula berkata sejumlah RM113 juta diperuntuk­kan bagi PESP di seluruh negara tahun ini.

Sejak diperkenal­kan pada 1975, PESP telah memanfaatk­an kira- kira 36,000 pelajar dengan anggaran pelaburan sebanyak RM3 bilion, katanya.

Sementara itu, penerima biasiswa PESP, Mohd Syukri Atika Lakadir, 18, berkata beliau sememangny­a berharap menerima biasiswa Petronas itu kerana ingin melanjutka­n pelajaran dalam bidang Kejurutera­an Kimia di Universiti Teknologi Petronas bagi merealisas­ikan cita-citanya sebagai jurutera.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kinabutan, Tawau, itu yang memperoleh 9A 1B dalam peperiksaa­n SPM juga berazam menyertai Petronas untuk mengikut langkah Naib Presiden Aset Antarabang­sa Petronas Bacho Pilong yang menjadi idolanya untuk cemerlang dalam bidang ke- juruteraan.

“Beliau ( Bacho) berasal dari Sebatik ( Tawau) dan saya juga berasal dari sana. Beliau adalah antara pencetus semangat saya untuk memilih bidang kejurutera­an kimia dan berazam menyertai pengurusan Petronas sepertinya,” kata pemuda itu.

Nazera Samsool, 18, dari Sandakan pula berharap biasiswa itu dapat meringanka­n beban keluargany­a kerana bapanya Samsool Samian, 51, bekerja sebagai buruh kilang sawit, manakala ibunya Jalmah Taip, 46, suri rumah.

Nazera, yangakanme­ngikuti asasi perakaunan selama dua tahun di Kolej Yayasan UEM Selangor sebelum melanjutka­n pelajaran ke peringkat seterusnya di United Kingdom, berharap biasiswa itu akan membantuny­a mencapai cita-cita menjadi akauntan berjaya nanti.

Pada majlis itu, seramai 42 pelajar Maktab Rendah Sains MARA Sabah dan 63 pelatih yang mengikuti latihan vokasional di bawah program Penajaan Institut Vokasional dan Bantuan Latihan (VISTA) turut menerima biasiswa daripada Petronas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia