Utusan Borneo (Sarawak)

Buat kajian kebolehpas­aran sebelum bina rumah

-

KOTA KINABALU: Pemaju perumahan di negeri ini dinasihat agar membuat kajian mengenai kebolehpas­aran rumah yang bakal dibina bagi mengetahui keupayaan kewangan pembeli.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Jaujan Sambakong berkata kajian itu sangat penting bagi mengelakka­n masalah rumah tidak terjual kerana beberapa sebab termasuk harga yang mahal.

“Sebelum membuat perumahan di sesebuah kawasan, para pemaju perlu mengetahui kemampuan para pembeli... kerana para pembeli rumah hanya membeli rumah yang mengikut keupayaan kewangan mereka.

“Saya banyak mendengar masalah pemaju perumahan yang gagal menjual rumah dan saya rasa ini disebabkan beberapa perkara iaitu harga rumah yang mahal dan konsep serta saiz rumah yang kurang sesuai dengan harga yang ditawarkan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, di sini semalam.

Mengenai langkah kerajaan untuk membantu pemaju menangani masalah rumah tidak terjual itu Jaujan, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, berkata pihaknya belum ada perbincang­an mengenai perkara berkenaan.

“Kita baharu sahaja mengambil alih kerajaan dan banyak perkara yang kita perlu lakukan untuk membantu para pemaju. Itu akan kita bincangkan bersama agensi yang berkenaan,” katanya.

Sementara itu, beliau men- yambut baik dan menyokong keputusan kerajaan untuk menstruktu­rkan semula nama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

“Kita lihat pembaharua­n itu baik, namun apa yang penting adalah pelaksanaa­nnya agar ia berkesan. Jadi kita berharap agar pelaksanaa­n itu berjalan lancar,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RUMAH TERBUKA AIDILFITRI: Jaujan Sambakong bersama kakitangan awam pada majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementeria­n Kerajaan Tempatan Dan Perumahan di Wisma Innoprise semalam.
— Gambar Bernama RUMAH TERBUKA AIDILFITRI: Jaujan Sambakong bersama kakitangan awam pada majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementeria­n Kerajaan Tempatan Dan Perumahan di Wisma Innoprise semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia