Utusan Borneo (Sarawak)

SEORANG LAGI LELAKI DITAHAN

Enam suspek kini direman hingga Jumaat depan bantu siasatan kes bunuh wanita di Pulau Kerto.

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Polis semalam menahan seorang lagi lelaki untuk membantu siasatan kes bunuh seorang wanita di kediamanny­a di Pulau Kerto dekat sini, petang Rabu lepas.

Penahanan lelaki berumur 27 tahun itu menjadikan jumlah tangkapan setakat ini seramai enam orang yang berumur 21 hingga 31 tahun.

Kesemua suspek warga tempatan terbabit diperintah menjalani tahanan reman selama tujuh hari sehingga Jumaat depan bagi membantu siasatan.

Pada Rabu lepas, sekitar jam 7.10 malam, mangsa dikenali sebagai Ting Poh Sing, 58, ditemui oleh kakaknya Ting Poh Ing bersama anaknya dalam keadaan terbaring dengan tangan dan kakinya diikat di dalam bilik tengah dekat dapur.

Pengadu dan anaknya terkejut apabila mendapati mangsa dalam keadaan terbaring di atas lantai dengan mulutnya turut ditutup dengan tuala.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa mengalami kecederaan dengan kesan lebam pada bahagian muka dan badan dan disyaki telah dibunuh berdasarka­n keadaan bilik yang berselerak.

Sejurus itu, Stanley berkata, kakak mangsa terus ke Balai Polis Lanang untuk membuat laporan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh,” katanya.

Sementara itu, proses bedah siasat ke atas mayat mangsa telah dijalankan oleh pakar forensik semalam dan kesemua suspek dibawa ke hospital untuk pemeriksaa­n darah.

 ??  ?? TANGKAP: Anggota APM berjaya menangkap buaya yang terperangk­ap dalam longkang berdekatan Sungai Teniku, Miri kelmarin. KE HOSPITAL: Tiga suspek bersama enam yang lain dibawa ke hospital untuk pemeriksaa­n darah, semalam.
TANGKAP: Anggota APM berjaya menangkap buaya yang terperangk­ap dalam longkang berdekatan Sungai Teniku, Miri kelmarin. KE HOSPITAL: Tiga suspek bersama enam yang lain dibawa ke hospital untuk pemeriksaa­n darah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia