Utusan Borneo (Sarawak)

MATANG JAYA C BUKTIKAN KEHEBATAN

Juara kategori Lelaki B-12 Tahun selepas tundukkan MSN A pada Pesta Bola Sepak dan Pemakanan Sihat

- Oleh Harry Ilias

Ini satu cara yang menyeronok­kan untuk membentuk kerjasama, bersukan, menuntut disiplin, kreativiti kerja, memupuk setiakawan dan mengukuh hubungan sesama jurulatih dan masyarakat. Lo Khere Chiang Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan

KUCHING: Pasukan Matang Jaya C membuktika­n kehebatan apabila dinobatkan juara kategori Lelaki Bawah 12 Tahun selepas menundukka­n MSN A (Axis) menerusi penentuan sepakan penalti pada Pesta Bola Sepak dan Pemakanan Sihat di Padang C, Petra Jaya di sini semalam.

Tempat ketiga dirangkul Bunuk A. Manakala bagi kategori lelaki Bawah 9 Tahun dimenangi Bunuk disusuli RKK di tempat kedua dan Seratau menduduki tempat ketiga.

Sementara kategori wanita bawah 12 tahun dimenangi Seratau, menduduki tempat kedua ialah pasukan Betong dan Sitas di tempat ketiga.

Program Pesta Bola Sepak dan Pemakanan Sihat itu dianjurkan bersama oleh Zurich Malaysia dan ‘One Goal Malaysia’.

Karnival sehari itu bertemakan ‘Eat Right to Play Right’ menyaksika­n penyertaan sebanyak 26 pasukan lelaki dan wanita berusia dari tujuh hingga 12 tahun dari kawasan bandar dan luar bandar.

Penangguha­n karnival itu dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang.

Dalam ucapannya, Lo menyifatka­n karnival tersebut sebagai medium berkesan mendidik kanak-kanak mengenai cara untuk bekerja dalam satu pasukan, membuat keputusan dan pengurusan diri sendiri.

Malah, katanya, pemakanan sihat dan aktiviti sukan menjadi elemen penting dalam pembanguna­n kanak-kanak.

“Ini satu cara yang menyeronok­kan untuk membentuk kerjasama, bersukan, menuntut disiplin, kreativiti kerja, memupuk setiakawan dan mengukuh hubungan sesama jurulatih dan masyarakat.

“Karnival ini bukan sahaja membawa masyarakat bersama malah memupuk semangat kekitaan kalangan kanak-kanak dari kampungkam­pung terbabit.

“Dengan sokongan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), kita yakin dapat mewujudkan kesedaran di setiap tempat kita pergi,” katanya.

Menurut Lo, ibu bapa perlu menggalakk­an anak- anak mereka melibatkan diri secara aktif dalam sukan.

Jelasnya, sukan dan pendidikan adalah pendekatan penting untuk memastikan kanak-kanak sentiasa sihat serta mendidik mereka dengan pengetahua­n.

“Karnival ini bukan sahaja memberi peluang kepada kanak-kanak bermain bola sepak, malah turut mendidik mereka mengenai pemakanan sihat dan bahaya penyalahgu­naan dadah,” jelasnya.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan WVM Terry Leong, Ketua Bahagian Komunikasi dan Pemasaran Jenama, Yee Shiao Fong dan wakil Perbadanan Sukan Sarawak (PSS), Ahmad Rodzi Hashim.

 ??  ??
 ??  ?? CERIA: Pemain dan jurulatih pasukan Matang Jaya C meraikan kejayaan bersama (barisan belakang, dari kanan) Terry, Ahmad, Lo dan Yee pada penutupan pertanding­an bola sepak semalam.
CERIA: Pemain dan jurulatih pasukan Matang Jaya C meraikan kejayaan bersama (barisan belakang, dari kanan) Terry, Ahmad, Lo dan Yee pada penutupan pertanding­an bola sepak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia