Utusan Borneo (Sarawak)

Pinjaman tidak wujud, lelaki kerugian RM6,180

Mangsa tertarik dengan mesej pinjaman melalui WhatsApp sebelum menyedari dirinya diperdaya

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Seorang kerani lelaki kerugian RM6,180 selepas menjadi mangsa penipuan pinjaman tidak wujud yang ditawarkan menerusi WhatsApp, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa, 26, terdahulu menerima mesej menerusi WhatsApp yang menawarkan pinjaman peribadi daripada sebuah syarikat.

“Mangsa yang berminat untuk membuat pinjaman sebanyak RM20,000 telah diminta untuk menghantar gambar slip gaji, kad pengenalan dan bil air serta elektrik untuk tujuan pemprosesa­n dokumen.

“Mangsa seterusnya telah membuat pembayaran sebanyakti­gakaliberj­umlahRM6,180 untuk tujuan pemprosesa­n dokumen ke dalam akaun bank atas nama seseorang.

“Selepas itu, mangsa di- minta untuk membuat pembayaran sebanyak RM2,500 bagi tujuan urusan pihak akauntan, namun berasa curiga dan tidak membuat pembayaran tersebut.

“Sehingga sekarang mangsa masih belum menerima wang pinjaman tersebut. Mangsa berasa telah diperdayak­an untuk memasukkan wang bagi pinjaman yang tidak wujud,” ujarnya ketika dihubungi pemberita semalam.

Stanley berkata, modus op- erandi suspek memperdaya­kan mangsa untuk memasukkan wang ke dalam akaun suspek bagi mendapatka­n pinjaman yang tidak wujud.

“Oleh itu, saya sekali lagi menasihatk­an orang awam supaya tidak mempercaya­i sepenuhnya apa-apa sahaja tawaran seumpama ini yang ditawarkan menerusi Internet, panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp.

“Ini penting bagi mengelakka­n orang awam dari-

Selepas itu, mangsa diminta untuk membuat pembayaran sebanyak RM2,500 bagi tujuan urusan pihak akauntan, namun berasa curiga dan tidak membuat pembayaran tersebut. ACP Stanley Jonathan Ringgit Ketua Polis Daerah Sibu

pada menjadi mangsa tipu,” tegasnya. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia