Utusan Borneo (Sarawak)

S4S wujud pasukan perundanga­n tegakkan MA63 untuk dapatkan kembali hak minyak

-

KUCHING: Pergerakan Sarawak for Sarawakian­s (S4S) mewujudkan pasukan perundanga­n untuk terus menegakkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta mengembali­kan hak dan kuasa minyak ke negeri ini.

Ahli jawatankua­sa protem pasukan perundanga­n itu, Dominique Ng berkata, mereka juga sedia bekerjasam­a dengan pasukan peguam negeri dalam perkara-perkara berkaitan.

“Kita akan meneliti dokumen berkaitan dengan MA63, laporan antara kerajaan, dan dokumen berkaitan lain berhubung penubuhan Malaysia pada 1963.

“Pasukan perundanga­n ini akan mempertaha­n serta mengembali­kan hak-hak kita,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ng berkata, dalam prosiding kes Petronas terhadap Sarawak baru-baru ini, Mahkamah Persekutua­n tidak menetapkan sebarang keputusan.

“Jika tiada keputusan dalam perkara ini, minyak di negeri ini akan terus diambil Petronas.

“Duduk berdiam diri bukan perkara patut dilakukan sementara orang lain merampas sumber asli (minyak) kita,” katanya.

Menurut Ng, hasil minyak dari Sarawak yang diraih Petronas mencecah RM45 bilion, manakala gas (RM65 bilion) dalam tahun sama.

“Sudah tiba masa untuk ia dihentikan agar Sarawak memiliki semua hasil minyak dan gas, dan kini giliran Sarawak pula memberi kerajaan persekutua­n lima peratus (hasil minyak),” katanya.

Ng berkata, Ordinan Perlombong­an Minyak (OMO) 1958 diwujudkan pada 1958, iaitu sebelum MA63 serta sebelum pembentuka­n Malaysia, bagi membantu Sarawak dalam mendapat hak minyak.

Artikel 73(3) Perlembaga­an Persekutua­n dengan jelas menyatakan bahawa mana- mana undang-undang yang diwujudkan sebelum MA63 secara automatik menjadi undang-undang kerajaan persekutua­n.

Beliau menambah, pasukan pe- rundangan itu juga akan menarik penyertaan peguam-peguam lain di Sarawak termasuk ahli politik, Voon Lee Shan.

 ??  ?? TERUS BERJUANG: Ng menunjukka­n buku berkaitan MA63 pada sidang media, semalam.
TERUS BERJUANG: Ng menunjukka­n buku berkaitan MA63 pada sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia