Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat warga India ditemui, operasi SAR ditamatkan

-

KUCHING: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki warganegar­a India yang dilaporkan tergelinci­r ketika mandi di kapal tongkang di jeti baharu Hock Seng Lee di sini berakhir semalam selepas mayat mangsa berjaya ditemui sekitar jam 4.45 petang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Sarawak berkata, mayat Prashant Payal, 18, ditemui kira- kira dua kilometer dari tempat kejadian.

“Mayat mangsa telah dijumpai oleh anggota SAR iaitu kira-kira dua kilometer dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke jeti dan diserahkan kepada pihak polis yang kemudian menghantar­nya ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak ( HUS) untuk tujuan pengecaman.

Operasi SAR mangsa disambung semula semalam selepas mayat yang ditemui tersangkut pada akar pokok di seberang Kampung Sejingkat kelmarin disahkan mayat lelaki warganegar­a Indonesia yang dilaporkan hilang sejak 27 Jun lalu.

“Mayat yang ditemui tersangkut pada akar pokok di seberang Kampung Sejingkat disahkan bukan mayat warganegar­a India ( Prashant Payal) tetapi mayat Muhammad Sanim, 31, iaitu warganegar­a Indonesia yang dilaporkan hilang oleh majikannya di Balai Polis Gita.

“Justeru, operasi SAR (Prashant) yang ditangguhk­an pada jam 6.05 petang ( Jumaat) disambung semula pada keesokan hari ( semalam),” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Mayat lelaki warga Indonesia tersebut dijumpai oleh seorang nelayan yang kemudian segera memaklumka­n kepada anggota operasi SAR iaitu sekitar jam 12.37 tengah hari.

Pada Rabu lalu, Prashant dikatakan sedang mandi di atas kapal tongkang tempat kerjanya sekitar jam 6.30 petang sebelum dikatakan tibatiba tergelinci­r lalu jatuh dan hilang dihanyutka­n arus deras.

Operasi SAR dilancarka­n sebaik sahaja laporan berhubung kejadian diterima, namun mangsa gagal ditemui sehingga operasi diteruskan sehingga hari keempat semalam.

Beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dan Batu Lintang, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM) terlibat dalam operasi SAR tersebut.

 ??  ?? DITEMUI: Mayat lelaki warganegar­a India tersebut yang ditemui terapung kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.
DITEMUI: Mayat lelaki warganegar­a India tersebut yang ditemui terapung kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia