Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n luar bandar terus menjadi fokus kerajaan Sarawak

-

BINTULU: Kerajaan Sarawak akan terus memberi keutamaan kepada pembanguna­n luar bandar, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dibentuk akan membantu kerajaan Sarawak membangun masa depan negeri dengan kekuatan yang ada dengan tumpuan kini menggunaka­n sumber minyak dan gas yang dimiliki.

“Apabila kita ada pendapatan yang sedemikian, maka pembanguna­n dapat diteruskan untuk negeri ini lebih- lebih lagi Sarawak mempunyai budaya yang istimewa dan perpaduan yang jitu dengan hanya negeri ini meraikan Gawai Raya, Tahun Baharu Cina, Krismas dan yang lain tanpa masalah,” ujarnya pada Majlis RamahTamah Aidilfitri anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB) di pekarangan Masjid Darul Makmur Jepak semalam.

Abang Johari berkata, masa depan negeri juga cerah dengan pengurusan negeri akan mengikut cara baharu hasil kerjasama semua, perlembaga­an parti-parti Sarawak dan logo baharu diwujudkan menggambar­kan aspirasi rakyat Sarawak.

“Sebab itu, saya mengambil kesempatan ini untuk menerangka­n bahawa pembanguna­n luar bandar akan diteruskan oleh kerajaan Sarawak,” katanya.

Bagi Bintulu katanya, kerajaan Sarawak akan membuka kawasan Jepak dan membina jambatan baharu menyeberan­gi kampung itu yang akan bermula pada awal tahun depan.

“Apabila jambatan ini siap kita akan buka kawasan seberang ini seperti di Petra Jaya, Kuching, pejabat residen yang pertama kita tempatkan di kampung seberang dan mewujudkan pertemuan bagi kawasan bandar Bintulu dan Jepak,” katanya sambil menambah kewujudan jambatan baharu itu akan memendekka­n perjalanan ke Mukah dan Dalat.

Selain itu katanya, Jepak sehingga ke Mukah akan dibuka dengan diintegras­ikan dengan kawasan luar bandar dan pembinaan rumah-rumah baharu akan dilaksanak­an di kawasan terbabit supaya bekalannya banyak dan harganya menurun.

“Kalau permintaan ( rumah) banyak ditumpu pada satu tempat harganya meningkat, tetapi kalau pengeluara­n banyak harganya dapat kita turunkan,” tambahnya.

Beliau turut membayangk­an perubahan Bintulu dengan pembinaan jambatan baharu tersebut seperti Jambatan Pulau Pinang dengan rekaannya menjadi simbol kepada pembanguna­n Bintulu.

Katanya, kawasan industri juga akan terus dibangunka­n di Samalaju serta Kidurong dan sebuah loji yang dimiliki Sarawak bakal dibina ialah loji metanol di Kidurong yang bakal membawa penglibata­n orang Sarawak dalam industri minyak dan gas.

“Inilah harapan saya dan rakan- rakan di peringkat PBB ( Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) akan mempertaha­nkan perjuangan Tok Nan (bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem) dan pemimpin- pemimpin sebelum ini bersama- sama dalam rakan- rakan parti ditu- buhkan di Sarawak seperti Parti Demokratik Progresif (PDP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

“Ia adalah satu perubahan yang agak berbeza dalam kita membangun negeri ini mengikut acuan Sarawak,” katanya sambil memuji dan menghargai perpaduan erat yang wujud antara penduduk pelbagai kaum yang meraikan perayaan bersama di Sarawak.

Turut hadir Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip dan isteri Datin Dr Zaliha Abdullah, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Perundanga­n, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, ADUN Samalaju Majang Renggi, Residen Bintulu Jack Aman Luat, Pengurus Besar BDA Rodziah Morshidi dan Timbalan Pengerusi LAKIB Datu Mohidin Ishak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia