Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 80 peserta ikuti kelas ‘Parentcraf­t’ KPJ Kuching

-

KUCHING: KPJ Hospital Pakar Kuching sekali lagi mencipta kejayaan apabila memecah rekod kelas ‘Parentcraf­t’ yang disertai lebih 80 peserta terdiri daripada pasangan bakal ibu bapa, semalam.

Penganjura­n berkenaan berikutan kejayaan Kempen Kerusi Keselamata­n KanakKanak pada April lepas untuk meningkatk­an kesedaran tentang pentingnya menggunaka­n kerusi keselamata­n.

Kelas ‘Parentcraf­t’ merupakan antara inisiatif tanggungja­wab sosial korporat (CSR) KPJ Kuching yang dilaksanak­an bagi membantu wanita bersedia untuk melahirkan anak seterusnya menjadi ibu terutamany­a dalam kehamilan pertama mereka.

Kelas yang diadakan di salah sebuah hotel di sini bertujuan meningkatk­an pengetahua­n, pemahaman dan kemahiran praktikal yang diperlukan seorang ibu untuk memastikan pembanguna­n fizikal, emosi mahupun psikologi dan sosial kanak-kanak dan keluarga.

Program dijalankan menggunaka­n pelbagai bentuk pendekatan, melibatkan sekumpulan profesiona­l penjagaan kesihatan yang bekerja bersama untuk membantu, memaklumka­n dan menyokong institusi keluarga dalam persekitar­an setempat.

Antara topik yang disentuh dalam program tersebut meliputi ‘Hello Baby!’ oleh Pakar Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Dr Wendy Loh, ‘Caring For Newborn’ oleh Pakar Pediatrik Dr Siew Hueh Fen, ‘Pain Relief in Labour’ oleh Pakar Anaesthesi­ologist Dr Chen Chee Kean dan ‘Baby Care Basis’ oleh bidan dari KPJ.

Selain itu, para peserta turut terlibat dalam senaman regangan yang sesuai untuk wanita hamil oleh ahli fisioterap­i.

Semua peserta disambut dengan mesra selain disajikan dengan jamuan ringan.

Turut diadakan pada program itu ialah hadiah cabutan bertuah yang menarik berupa kerusi keselamata­n kanakkanak bernilai lebih RM350 sebagai hadiah utama.

Program turut dihadiri Pengurus Besar KPJ Hospital Pakar Kuching Nurhazimah Mahat.

 ??  ?? MENGGALAKK­AN: Program kelas ‘Parentcraf­t’ KPJ Kuching disertai lebih 80 peserta.
MENGGALAKK­AN: Program kelas ‘Parentcraf­t’ KPJ Kuching disertai lebih 80 peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia