Utusan Borneo (Sarawak)

PDK Kem Penrissen rai 109 pelatih pada Hari Keluarga sempena Aidilfitri

-

KUCHING: Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kem Penrissen semalam meraikan 109 pelatih pada Hari Keluarga sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri 2018.

Sambutan yang berlangsun­g di Dewan Bukavu, Kem Penrissen itu turut dimeriahka­n dengan kehadiran ibu dan bapa pelatih.

Panglima 3 Briged Infantri Brigadier Jeneral Mohd Bustaman Mat Zin yang juga Penaung PDK Kem Penrissen dalam ucapannya berkata, pusat itu telah berjaya mencapai matlamat untuk membantu pelatih.

“Pusat ini berjaya melatih peserta untuk menjaga diri sendiri dalam kehidupan harian mereka.

“Kejayaan ini adalah hasil keazaman ahli- ahli PDK yang ingin melihat pelatih menjalani kehidupan seperti orang lain,” ujarnya.

Sambutan tersebut juga dimeriahka­n dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Stakan Dato Sri Mohamad Ali Mahmud dan Panglima Pemer- intah Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Stephen Mundaw.

Selain itu, Bustaman turut memuji bantuan kewangan daripada agensi luar kepada PDK Kem Penrissen.

Menurutnya, daripada 109 pelatih terbabit, 65 adalah lelaki dan 44 perempuan berusia antara empat dan 45 tahun.

Tambahnya, 81 daripada mereka dilatih di Pusat PDK Kem Penrissen, manakala selebihnya menerima latihan di rumah.

Pada sambutan itu, Ali turut menyumbang duit raya kepada semua pelatih yang hadir.

Turut hadir Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Toh Choon Siang.

 ??  ?? KONGSI KEMERIAHAN: Ali (kiri) menyampaik­an duit raya kepada salah seorang pelatih PDK Kem Penrissen di Kuching semalam. Turut kelihatan, Stephen (kanan).
KONGSI KEMERIAHAN: Ali (kiri) menyampaik­an duit raya kepada salah seorang pelatih PDK Kem Penrissen di Kuching semalam. Turut kelihatan, Stephen (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia