Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan sedemikian mampu menyelesai­kan masalah dihadapi rakyat dengan sebaik dan secepat mungkin, kata Willie

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Pengerusi atau presiden badan-badan bukan kerajaan (NGO) khasnya di peringkat akar umbi digesa mengambil tindakan agresif dengan mengajukan masalah di kawasan masing-masing kepada pucuk kepimpinan.

Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin berkata, dengan tindakan sedemikian mampu menyelesai­kan masalah dihadapi rakyat dengan sebaik dan secepat mungkin.

“Saya menggesa supaya mereka ini khasnya pengerusi JKKK atau badan- badan tertentu supaya mengambil tindakan agresif untuk mengajukan ( masalah) kepada pucuk kepimpinan.

“Dengan ini, sekiranya maklum balas atau masalah diajukan secepat mungkin, saya percaya segala masalah dapat diselesaik­an dalam masa terdekat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ngiling Bidai Gawai dan Rindok Ati Aidilfitri 2018 anjuran Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA) dan Pertubuhan Kebajikan Ukhuwwah yang dihadiri Presiden OUNA Datuk Abu Bakar Abdullah dan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Ukhuwwah Mohd Irwan Shah Thomas Abdullah di Dewan Uma Orang Ulu di sini, semalam.

Willie berkata, di bawah kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH), ia mempunyai satu polisi inklusif iaitu membina negara dan rakyat yang dapat mengecapi pembanguna­n secara menyeluruh.

“Kerajaan PH, kami mem- punyai komitmen tinggi untuk membantu mana-mana agama, tanpa mengira bangsa dan komited membantu persatuan dalam kawasan masing-masing.

“Kita tidak mahu manamana masyarakat dipinggirk­an dan jika mereka dipinggirk­an, mereka harus tampil ke hadapan untuk menyatakan kepada kepimpinan peringkat kampung,” katanya.

Menurut beliau, ia sama ada menerusi ketua kampung bagi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) atau pengerusi bagi peringkat persatuan serta pengerusi gereja, kuil, masjid dan sebagainya.

Selain itu katanya, kerajaan mempunyai polisi telus dari segi peruntukan dengan memberi garis panduan kepada kumpulan sasar yang sewajarnya dibantu dengan jumlah bantuan.

“Perdana Menteri telah mengumumka­n peruntukan RM500,000, namun buat masa ini kami belum dibenar menggunaka­n peruntukan kerana belum majlis angkat sumpah (Ahli Parlimen).

“Selepas angkat sumpah, akan berusaha memberi peruntukan kepada setiap lapisan masyarakat secara menyeluruh tanpa prejudis dan tanpa diskrimina­si,” tegasnya.

Sementara itu, Willie menggalakk­an kepada OUNA dan Pertubuhan Kebajikan Ukhuwwah untuk mengumpul data bagi ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) serta lepasan SPM dan STPM, selain graduan yang belum bekerja.

Katanya, ia untuk diajukan kepada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Puncak Borneo bagi membolehka­n ibu tunggal dan OKU mendapat bantuan, manakala lepasan sekolah atau graduan akan diperkasak­an agar mendapat pekerjaan.

“Bagi lepasan SPM dan STPM serta graduan pula, kita mahu dengan membantu dari segi menyediaka­n resume, bagaimana menghadiri temu duga dan akan membantu menyalurka­n data mereka ke pangkalan data sumber manusia syarikat perunding,” katanya.

 ??  ?? SIMBOLIK: Willie (tiga kiri) bersama Abu Bakar (empat kiri), Irwan Shah (dua kiri) serta yang lain mengangkat tikar pada Majlis Ngiling Bidai Gawai dan Rindok Ati Aidilfitri 2018, semalam.
SIMBOLIK: Willie (tiga kiri) bersama Abu Bakar (empat kiri), Irwan Shah (dua kiri) serta yang lain mengangkat tikar pada Majlis Ngiling Bidai Gawai dan Rindok Ati Aidilfitri 2018, semalam.
 ??  ?? TERUSKAN USAHA: Dr Abdul Rahman merakamkan kenangan bersama penerima sumbangan, kelmarin.
TERUSKAN USAHA: Dr Abdul Rahman merakamkan kenangan bersama penerima sumbangan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia