Utusan Borneo (Sarawak)

Motosikal berkuasa tinggi, 4WD sertai Konvoi Ngiling Bidai PEBEDAS di Sibu

-

SIBU: Lebih 35 motosikal berkuasa tinggi dan lebih lima pacuan empat roda (4WD) terlibat dalam Konvoi Ngiling Bidai Pertubuhan Belia Dayak Sarawak (PEBEDAS) yang bermula di Dataran Bandar Sibu Fasa II, semalam.

Para peserta konvoi telah dilepaskan oleh Penaung PEBEDAS Mejar Kehormat Alexander Kadir Dato.

Hadir sama Presiden PEBEDAS Alexander Frederick dan Pengerusi PEBEDAS Sibu Joshua Jackson.

Joshua berkata, konvoi itu bertujuan untuk mempromosi­kan Pertanding­an Kumang PEBEDAS dan Majlis Malam Ngiling Bidai PEBEDAS 2018.

Jelasnya, ia turut mempromosi­kan peringkat saringan pertanding­an kumang tersebut yang akan diadakan pada 7 Julai ini di Hotel Kingwood.

Tambahnya, final Pertanding­an Kumang PEBEDAS akan diadakan sempena dengan Majlis Malam Ngiling Bidai PEBEDAS 2018 pada 14 Julai ini di Hotel Kingwood di mana Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dijangka hadir bagi menyempurn­akan majlis.

“Semasa konvoi ini, kita mengedarka­n risalah berkenaan dengan kedua- dua program tersebut kepada orang ramai.

“Ini adalah salah satu cara kita mempromosi­kan program tersebut,” katanya kepada pemberita.

Joshua berkata, secara kese- luruhannya konvoi itu disertai antara 80 dan 100 belia.

“Kita juga mendapat sokongan daripada kelabkelab motosikal berkuasa tinggi dari seluruh negeri, pelajar institut perubatan serta perguruan. Mereka secara sukarela membantu kita untuk mempromosi­kan kedua-dua program kita ini,” tambahnya.

Antara laluan konvoi tersebut ialah Pasar Sentral, Pasar Raya Daesim, Terminal Penumpang Sibu dan Daesco.

 ??  ?? PROMOSI PROGRAM: Kadir (kanan), Alexander (dua kanan) dan Joshua (kiri) bersama-sama melepaskan peserta Konvoi Ngiling Bidai PEBEDAS di Sibu, semalam.
PROMOSI PROGRAM: Kadir (kanan), Alexander (dua kanan) dan Joshua (kiri) bersama-sama melepaskan peserta Konvoi Ngiling Bidai PEBEDAS di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia