Utusan Borneo (Sarawak)

33 pelajar DUN Pantai Damai terima bantuan pendidikan

-

KUCHING: Seramai 33 pelajar dari kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Pantai Damai menerima sumbangan berupa bantuan pendidikan pada majis ringkas di sini, kelmarin.

Penerima sumbangan terdiri daripada pelajar yang berjaya memasuki institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menyampaik­an sumbangan kepada penerima di Pusat Khidmat ADUN N.4 Pantai Damai di sini.

Dr Abdul Rahman berkata, sumbangan itu sebagai penghargaa­n kepada pelajar terbabit atas usaha mereka dalam pendidikan.

“Selain itu, ia juga sebagai galakan dan pendorong kepada adik-adik mereka (penerima terbabit) atau pelajar lain agar menjejaki langkah mereka yang terlebih dahulu mencapai kejayaan,” katanya.

Menurutnya, pemberian insentif pendidikan kepada pelajar sememangny­a sudah lama dilaksanak­an di konstituen­sinya .

“Ia bagi membantu meringanka­n beban kewangan pelajar berkenaan untuk memulakan sesi pengajian dan sebagai galakan kepada mereka agar berjaya dalam pendidikan,” katanya sambil memberiahu, bidang pendidikan merupakan keutamaan beliau sejak menjadi wakil rakyat di Pantai Damai.

Sementara itu, Dr Abdul Rahman melahirkan rasa bangga melihat semakin ramai anak muda melanjutka­n pelajaran ke IPT tempatan mahupun luar negara.

“Ini merupakan suatu perkara yang amat membanggak­an kita kerana apabila berjaya nanti mereka dapat berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia