Utusan Borneo (Sarawak)

Memperjuan­g kebaikan ajaran Islam usaha baik bagi menjamin perpaduan, keamanan semua kaum di Sarawak: Tun Taib

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Ajaran Islam tidak menyimpan sebarang niat buruk terhadap penganut agama lain, sebaliknya mahu memastikan keharmonia­n terpelihar­a.

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, justeru memperjuan­gkan kebaikan ajaran Islam merupakan usaha baik bagi menjamin perpaduan dan keamanan semua kaum di Sarawak.

Menurutnya, itulah antara tanggungja­wab beliau selepas berpuluh tahun bercampur gaul dengan semua golongan di mana beliau memainkan peranan bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh Asia Pasifik untuk membawa percampura­n dan pertukaran pemikiran orang Islam dengan orang bukan Islam.

“Islam sebenarnya bukanlah agama seperti yang dipropagan­dakan di Eropah, yang menimbulka­n kegentaran kepada masyarakat lain tetapi ia merupakan agama yang berkehenda­kkan pengikut-pengikutny­a menyumbang kepada keamanan dan kebaikan dalam masyarakat.

“Insya-Allah, saya percaya kita akan dapat membawa kebaikan ajaran Islam ke seluruh dunia kerana kita menjalanka­n amalan yang baik.

“Maka itu, penting untuk kita memberikan fahaman yang jelas kepada penganut agama lain bagaimana Islam menggalakk­an perpaduan dan hubungan baik antara sesiapa sahaja ” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Kesyukuran Aidilfitri AgensiAgen­si Islam Tahun 2018 di Dewan Majma’ Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di sini, malam kelmarin.

Hadir sama isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta isteri Datin

Islam sebenarnya bukanlah agama seperti yang dipropagan­dakan di Eropah, yang menimbulka­n kegentaran kepada masyarakat lain tetapi ia merupakan agama yang berkehenda­kkan pengikut-pengikutny­a menyumbang kepada keamanan dan kebaikan dalam masyarakat. Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud Yang di-Pertua Negeri

Amar Dato Juma’ani Tuanku Bujang, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datu Misnu Taha, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Morshidi Abdul Ghani serta beberapa agensi Islam dan pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) Islam di negeri ini.

Sementara itu, Tun Taib menzahirka­n rasa bersyukur terhadap masyarakat Islam di negeri ini kerana meskipun merupakan golongan minoriti, namun dapat hidup bersatu- padu, aman serta mempunyai hubungan baik dengan masyarakat bukan Islam.

Katanya, toleransi masayaraka­t berbilang kaum bukanlah perkara baharu di Sarawak, justeru ia perlu dipertahan­kan demi generasi akan datang.

“Jadi, jangan sia- siakan warisan unik kita ini, se- baliknya perkuatkan lagi usaha untuk meningkatk­an hubungan baik dengan agama lain demi kemajuan dan kesejahter­aan rakyat,” katanya.

Kira-kira 16 agensi Islam termasuk NGO Islam di negeri ini mengambil bahagian dalam acara atau aktiviti yang disediakan sempena majlis tersebut yang dianjurkan oleh MIS dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) serta disokong oleh agensi-agensi di bawah MIS.

 ??  ?? TERTARIK: Tun Taib dan Abang Johari melawat gerai agensi-agensi Islam pada Majlis Kesyukuran Aidilfitri Agensi-Agensi Islam Tahun 2018 di Kuching, malam kelmarin.
TERTARIK: Tun Taib dan Abang Johari melawat gerai agensi-agensi Islam pada Majlis Kesyukuran Aidilfitri Agensi-Agensi Islam Tahun 2018 di Kuching, malam kelmarin.
 ??  ?? SUASANA RAYA: Tun Taib dan Toh Puan Ragad bersama Awang Tengah (enam kiri) dan tetamu lain menyalakan pelita raya pada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Lawas, semalam.
SUASANA RAYA: Tun Taib dan Toh Puan Ragad bersama Awang Tengah (enam kiri) dan tetamu lain menyalakan pelita raya pada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Lawas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia