Utusan Borneo (Sarawak)

Guru perlu sentiasa tingkat kualiti diri

-

SARIKEI: Guru perlu sentiasa meningkatk­an kualiti diri untuk menghadapi perubahan arus pendidikan negara, kata Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Anthony Sarikei Liong Shou Chuan.

Katanya, ia penting kerana kini tuntutan masyarakat terhadap kualiti pendidikan negara amat tinggi untuk memastikan generasi pelapis dapat dilahirkan sebagai insan berkualiti dan berdaya saing.

“Dunia pendidikan hari ini jauh berbeza dengan situasi dalam tempoh sepuluh tahun lalu. Cabaran dan tugasan warga pendidik kian mencabar dan memerlukan komitmen tinggi.

“Justeru, kerjasama dan sokongan padu masyarakat terutamany­a ibu bapa, persatuan bekas pelajar atau alumi amat perlu bagi memastikan visi dan misi pendidikan negara dicapai,” katanya.

Liong berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Guru dan Majlis Gawai Raya Peringkat Sekolah di Dewan Sekolah St Anthony Sarikei, malam kelmarin.

Majlis itu dihadiri sekitar 1,000 orang terdiri daripada warga sekolah terbabit, ibu bapa dan bekas pelajar sekolah itu.

Liong turut berharap majlis itu dapat merapatkan hubungan di kalangan semua pihak sebagai landasan terbaik untuk memajukan sekolah dari pelbagai aspek.

“Kita berharap suasana dan hubungan ini diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan matlamat melahirkan generasi berketeram­pilan dan berkualiti dapat direalisas­ikan,” katanya.

Hadir sama Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG) SMK St Anthony Sarikei Maureen Chua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia